Gambar: Google

Teringin Nak Makan Ayam Goreng ‘Fast Food’ Tapi Tengah Diet? Rileks, Ikut 10 Tips Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika berdiet, mesti tekak kita akan rasa ‘mengidam’ nak makan makanan bergoreng kan? lebih-lebih lagi ayam goreng di restoran makanan segera.

Tapi dalam masa sama, kita pun ‘sayang’ nak makan sebab takut gemuk, terlajak kalori dan sebagainya.

Tahukah anda, sebenarnya kita boleh je nak makan ayam goreng di restoran makanan segera tanpa perlu risau pasal diet. Tapi, ada caranya.

Mari ikuti tips yang dikongsikan oleh Mohd Shahfazreen ini.

Teringin nak menikmati ayam goreng di restoran ‘fast food‘ ketika dalam proses mengurangkan berat badan, boleh saja.

Memang kalau lalu dekat dengan restorannya ni, aromanya tu semerbak. Menduga betul!

Tenang, cabaran yang boleh diuruskan. Buat begini;

1- Jadikan waktu makan utama

Kalian ganti atau jadikan ia satu dari waktu makan utama. Kalau makan siang, kira ambil alih lunch. Jika malam, anggap ia dinner.

2- Pastikan nilai kalori sama

Ikut kalori yang biasa diambil. Biasa sekali makan 500 kcal, ikut juga jumlah sama untuk hidangan ayam goreng itu.

3- Ambil set biasa

Ambil set biasa, jangan ‘add-on’. Saiz besar, kalori lebih. Walau harga lebih berbaloi.

4- Pilih bahagian sihat

Lebih digalakkan kalian pilih bahagian macam ‘keel’ dan ‘rib’. Kurang berlemak.

5- Jangan ambil kulit

Jangan ambil kulit. Huhu! Iya tahu itu yang best dan segala rasa ada kat situ. Buang kulit boleh kurang 20 ke 30 peratus kalori. Lemak tepu pun banyak di bawah lapisan kulit tu.

6- Pilih air bukan bergas

Tanpa air bergas lebih baik. Kalian nak tahu, secawan 500 milimeter air berkarbonat 220 kalori tau. Gulanya banyak ya ampun!

7- Teknik ‘mindful eating’

Buat teknik ‘mindful eating’ untuk kalian lebih puas walau makan sedikit. Begini, sesekali dapat, nikmati betul-betul.

Ambil baunya, pegang, kunyah dalam mulut perlahan-lahan sampai terasa kelazatannya. Sampai terpejam mata pun tak apa. Umpph!

8- Makan dengan tenang

Makan dengan tenang. Usah laju dan tergopoh-gapah. Rasa kenyang akan sampai ke otak lepas 20 minit dari suapan pertama yang pertama sekali tadi. Lepas itu, biasanya tak mahu dah.

9- Bersenam

Kalian bersenamlah dulu. Dah rancang nak makan ayam goreng ‘fast food’ hujung minggu ni, bakar kalori lebih sikit hari sebelumnya. Tak adalah rasa bersalah sangat kan. Haha!

10- Jangan selalu

Dua minggu atau sebulan sekali cukuplah. Nikmat makanan begini sedap bila kita jarang dapat. Jika selalu, ia jadi biasa dan mungkin dah kurang rasa istimewa.

*****

Kawan-kawan, makanan begini ia tidak terlalu mengganggu proses kurang berat badan kalian pun.

Cuma perlu bijak mengawal porsinya. Ia penentu sikit atau banyak kalori.

Cipta kepuasan bila sesekali menikmati makanan begini.

Seimbangkan pilihan menu makanan. Ada hari untuk makan sihat, sesekali pula tak apa untuk sesuatu yang agak menggembirakan.

Begitulah.

Mohd Shahfazreen,
Suka burger Zinger!

Sumber: Mohd Shah Fazreen

Denin

Menulis untuk mendidik.

Editor: Fazidi

Tambah komen