Siakap Keli
Gambar: Twitter

Aguero Umumkan Sendiri Budak 9 Tahun Menangi ‘Design-A-Kit’ Manchester City, Bersaing Dengan Seribu Penyertaan

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun Lucy Beth Duffy daripada Dublin telah dinobatkan sebagai juara pertandingan mereka bentuk baju yang dilancarkan oleh pasukan gergasi EPL Manchester City pada Mei lalu.

Menurut portal RTE, lebih daripada 1,000 penyertaan diterima, yang kemudiannya ditapis sehingga menjadi empat senarai pendek.

Daripada ribuan penyertaan itu, reka bentuk Lucy adalah antara yang bertuah kerana telah terpilih sebagai pemenang keseluruhan.

Lucy berasal daripada keluarga peminat Manchester City, yang kerap mengunjungi Etihad Stadium daripada Ireland untuk menyaksikan perlawanan.

Bahkan, terdapat sebuah ruang yang dikhususkan bertemakan Manchester City  dihiasi dengan pelbagai memori pasukan itu di dalam rumah mereka, lapor RTE.

Perlawanan pertama yang sempat disaksikan di Etihad adalah ketika City berjaya mengatasi pasukan Watford pada Januari 2018, dan dia turut berkesempatan untuk meraikan kemenangan Hari Tahun Baru pasukan mereka ke atas Everton pada tahun 2020.

Untuk meraikannya, Puma telah menghasilkan edisi terhad baju dengan namanya di belakang. Pengumuman bagi pemenang untuk pertandingan itu telah dibuat oleh penyerang Manchester City Sergio Aguero sendiri.

Bercakap kepada RTÉ News, dia menyatakan bahawa dia memilih untuk memasuki pertandingan bertaraf antarabangsa yang diumumkan pada bulan Mei itu adalah kerana dia suka melukis dan merupakan peminat Manchester City.

Kanak-kanak tersebut menjelaskan idea yang digunakan dalam reka bentuknya itu.

“Saya ingatkan design baju mereka memang sudah ada garis-garis, jadi saya berkeputusan untuk menggunakan garis-garis pada baju mereka suapaya tampak lebih cantik dan saya memilih warna biru dan merah jambu untuk dipadankan.”

Gadis tersebut telah diumumkan sebagai pemenang pada baru-baru ini oleh pemain Manchester City, Sergio Aguero dalam satu video, mengalahkan ribuan penyertaan yang lain.

“Saya tidak dapat memikirkan kata-kata untuk diucapkan. Saya sangat terkejut.”

Kanak-kanak itu menyatakan bahawa rakan sekelasnya turut meraikan kemenangannya dengan memberi tepukan kepadanya, sambil menambah bahawa pengetua sekolah itu juga peminat Man City.

Keluarganya juga turut meraikan berita gembira itu dan menyimpan reka bentuk kemenangannya di ruangan yang diabadikan untuk kelab tersebut.

“Mereka suka Man City, jadi ini adalah perkara yang luar biasa pernah berlaku,” katanya.

Sumber: RTE

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa