Siakap Keli

(Video) Kreatif, Foto-foto Cantik Pengukir Ukir Kota Mekah Atas Kayu Raih Pujian Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ukiran kayu merupakan suatu seni yang terulung. Ukiran kayu atau bidang seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang sudah menjadi satu tradisi dalam pelbagai masyarakat.

Kehalusan seni ukiran dengan corak bersumberkan Islamik yang dihasilkan hanya menggunakan kayu telah menarik perhatian orang ramai.

Sebahagian komen daripada warganet berkenaan penghasilan seni ukiran daripada kayu yang begitu kreatif:

Kemahiran seni ukiran daripada kayu ini telah ditunjukkan oleh satu kumpulan yang bertapak di Singapura iaitu Mahajati.

Pelbagai seni ukiran yang telah dihasilkan dan menunjukkan reaksi yang sangat menarik dan membanggakan kerana dapat melakukan sesuatu perkara yang mana tidak semua orang mampu lakukan.

Selain daripada itu, setiap ukiran kayu yang telah dihasilkan terlihat seakan-akan sama dengan kejadian alam, Seperti lakaran ayat-ayat Al-Quran, Mekah dan sebagainya.

Keunikan yang terhasil daripada setiap ukiran ini memerlukan kekreativitan tersendiri dalam menghasilkan sesuatu berbeza serta dapat terlihat cantik apabila dipandang.

Salah satu video dalam penghasilkan ayat Kursi:

Setiap daripada seni ukiran kayu berlambangkan Islamik ini bukan sahaja dapat menarik ramai pihak berkenaan dengan Islam malah secara tidak langsung dapat meningkatkan jati diri si pembuat terhadap Islam.

Sumber: Mahajati

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.