Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Anwar Ibrahim Dakwa Akan Mengadap Agong Selasa Depan, Sedia Persembah Jumlah Majoriti

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa akan mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini.

Dakwanya, Seri Paduka Baginda sendiri telah memperkenankannya bagi urusan rasmi tersebut.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber: Anwar Ibrahim

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.