Siakap Keli
Gambar Via Mira Shaz

Dari Saiz XXL Ke S, Wanita Tiga Anak Kongsi Tips Diet Jaga Kalori Hingga Berjaya Turun 26 Kg

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pastinya ramai yang menginginkan bentuk badan yang ideal dan cantik namun tidak mempunyai perancangan diet yang betul.

Ya, bersenam dan bersukan sememangnya sangat bagus untuk tubuh badan. Pun begitu, penjagaan kalori dalam makanan juga sangat penting bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Menerusi kiriman yang dikongsikan oleh Mira Shaz di Facebook miliknya, beliau berjaya menurunkan berat badan dari 74kg kepada 48kg.

Menurutnya, perjalanan dietnya tidak mudah namun dilaluinya dengan semangat yang positif. Mira juga mementingkan pengurusan kalori dalam diet yang diamalkan.

Dari makanan saya gemuk, saya buktikan dari makanan jugak saya kurus

Pw:74kg
Cw:48kg +
Bye September,Hye October…Alhamdulillah utk perjalanan hidup kita smpai hari ni…tk dak yg mustahil dlm hidup …… Kita buat kita dapat…
Bukan smua apa kita buat org suka… Kita berbaik dgn org …org kata…sebaliknya pn lg org kata stay positive… Penuh kn ruang kita dgn org and benda2 positive jugak…….cr org2 yg berkualiti biar kurang kuantiti…. Itu lbh afdal….
Blh follow saya n tgk pos2 sblm nh ttg journey diet saya
Dari makanan sy gemuk sy buktikan dr makanan jugak saya kurus…
Pengurusan Kalori adalah benda pertama d carta aliran diet kita
Jenis diet adalah pilihan buat kita….
Mak ank 3..
Buktikan kita mak mak pn mampu jaga ketrampilan… Buka stkt kurus tp sihat…bertenaga….dan lbh ceria ….
Berkongsikan tips kepada Siakap Keli, Mira memaklumkan bahawa dia memulakan dietnya pada Januari 2019 dengan sokongan dari suami.
Sekarang bila anak tiga baru saya sedar diri. Mengandungkan anak bongsu, saya terus nekad nak kurus. Gantung baju-baju lama selepas bersalin. Suami kuatkan semangat supaya dapat apa yang saya ada sekarang. Big thank to husband
Ikuti tips yang telah dikongsikan oleh Mira di bawah ini.
1. Stop gula directly
2. Jaga kalori
3. Jaga portion
4. Exercise (setahun bru buat btul2 ….sblm tu jaga makan dlu)
5. Stalk fb atau insta org2 yg berjaya… Follow coach2 ambk tips diaorg (xberbayar pun… tgk apa depa pos …screenshot pastu hadam)
6. Try n error (exp time plateau…ubah corak pemakanan dan workout)
7. Awal2 mmg eatclean…skrg byk derhaka dah
8.Jgn selesa apa kita ada skrg…. Klu tersasar ke tgah laut cpt2 sedar diri…
9. Minum kopi plain d kala lapar(mostly saya ambk sarapan dan snacking petang)kdg kdg mix low fat or fresh milk(sejenis peminat tegar kopi so sy xpnh stop kopi ….olah jdi minuman yg lebh sihat )
Workout Hitt ,tabata,cardio,dance workout.
Selain itu, Mira juga turut berkongsikan cara pemakanan yang diamalkan olehnya menerusi pautan di bawah.
Sumber: Mira Shaz

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa