Siakap Keli

“Geram Je Aku Dengan Mekdi Ni,” Burger Daging Menu Baru Dari McD Bikin Panas? Ramai Yang Tak Sabar Nak Cuba

‘Mekdi’ dengan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Daripada sarapan hingga ke makan tengah malam, ‘Mekdi’ menjadi pilihan sepanjang masa.

Bukan apa, kadang-kadang nampak dekat billboard tengah jalan pun dah terliur sampai terus rasa nak pergi drive-thru dan-dan tu juga. Mana taknya, pelbagai menu yang ditawarkan di restoran makanan segera popular ini sehingga menjadi kegemaran sesiapa sahaja daripada yang kecil sampailah mak ayah kita.

Terbaru, McD Malaysia akhirnya menjawab ‘teka-teki’ dan mendedahkan menu-menu baru yang pastinya membuatkan anda rasa tak sabar nak cuba.

Bila tengok je menu baru ni, terus terdetik dalam hati “Geram je aku dengan Mekdi ni, tengok gambar pun dah sedap, memang wajib try ni”.

Berita baik buat semua pelanggan setia, McD Malaysia kali ini akan memperkenalkan burger baru iaitu Burger Daging Honey Mustard yang pastinya amat lazat untuk dicuba.

Tapi kena cepat, McD Malaysia hanya menawarkan menu baru ini untuk tempoh waktu yang terhad. Memang rugi kalau terlepas, jangan berlengah pastikan anda singgah di McD terdekat dan ‘order’ sekejap lagi okay.

Apa yang bestnya burger baru ni? Burger Daging Honey Mustard ini adalah pilihan baru bagi burger daging suku paun. Bayangkan kenikmatan menikmati kepingan daging burger digril empuk, disempurnakan dengan keju meleleh, ditambah dengan tomato dan sayuran segar, disaluti dengan sos Honey Mustard yang memikat rasa dan diapit dengan ban bijan hitam putih yang gebu. Fuhhhh. Memang puasss!

Rasa sensasi sos Honey Mustard ditambah pula kenakan daging digril empuk yang juicy memang membuatkan sesiapa pun rasa nak lagi dan lagi.

Selain itu, anda juga boleh isi perut dengan Smoky Grilled Beef.

Rahsia kepada keenakan Smoky Grilled Beef ini terletak pada dagingnya yang digril empuk lengkap dengan hirisan bawang digril keperangan selain dilapisi dengan kepingan keju, salad segar dan ditambah perisa sos Chipotle yang istimewa.

Memang, lepas anda mencuba Smoky Grilled Beef ini, memang ia satu pengalaman menikmati McD yang tak mungkin dilupakan.

Satu lagi menu yang anda kena pesan bila masuk McD nanti adalah Quarter Pounder Cheese. Rasa klasik quater pounder dengan cheese, yang ni pun boleh tahan sedap juga.

Kepingan daging suku paun yang digril empuk, dipersedap dengan bawang, pickles dan dua keping keju cheddar dan diapit ban bijan yang gebu lembut, pasti membuatkan perut korang kekenyangan.

Kami jamin, anda akan menikmati kepuasan burger daging yang sebenar selepas mencuba ketiga-tiga menu baru McD ini.

Bukan itu je tau, McD juga turut menawarkan Sambal Scrambled Egg Sandwich sebagai menu sarapan yang baru.

Yelah, orang Malaysia kan mana boleh hidup kalau tak ada sambal, makan apa pun wajib ada sambal. Baru terasa umphhh. Sambaliciousss….

Bayangkan betapa nikmatnya bila menjamah telur scrambled panas-panas, diapit pula dengan ban lembut, keju dan…. sambal! perghhh. Memang syok habis.

Nak lagi best, anda juga boleh cuba sandwic sambal yang ada pilihan dengan sosej dan ayam ranggup:

  • Sandwic Sambal Sosej & Telur Scrambled
  • Sandwic Sambal Ayam Rangup & Telur Scrambled.

Jadi, hangatkan pagi anda dengan pelbagai pilihan Sandwic Sambal Telur Scrambled, barulah sambalicious!

Usah risau, selain Sandwic sambal, anda juga boleh ‘sambalkan’ menu-menu sarapan pagi McD yang lain. Cuma perlu tambah RM 1 je untuk sambal lebih.

Nak pagi yang lagi kaw, gandingkan sarapan Sambal Telur Scrambled anda dengan kopi McCafe Americano yang dibru panas-panas. Rasa pedas sambal dengan rasa kesegaran McCafe Americano bersatu, baru betul-betul padu.

Sarapan pagi dihidangkan setiap hari dari 7 pagi sehingga 10 pagi je tau. So, jangan lambat-lambat pula, pastikan singgah dulu di McDonald’s terdekat sebelum memulakan hari anda. Risau tak sempat? Pesan McDelivery je atau pandu-lalu. Senang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman facebook dan website McDonald’s Malaysia okay.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.