Siakap Keli

TERKINI: 188 Pesakit Sembuh Hari Ini Dan 6 Kes Kematian, Semua Kes Kematian Hari Ini Berusia 50 Tahun Ke Atas

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham memaklumkan 188 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah sembuh meningkat kepada 10,707 kes.

Dukacita juga dimaklumkan bahawa enamkematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 152 kes. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga atas pemergian insan tersayang.

Kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

1.Seorang lelaki berusia 54 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tawau dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan asma.

2. Seorang lelaki berusia 68 tahun yang meinggal dunia di Hospital Semporna dan tidak mempunyai latar belakang apa-apa penyakit.

3. Seorang perempuan berusia 66 tahun yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan batuk kering.

4. Seorang perempuan berusia 58 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tawau dan tidak mempunyai latar belakang penyakit.

5. Seorang perempuan berusia 57 tahun yang meninggal dunia di Hospital Semporna dan mempunyai latar belakan penyakit darah tinggi.

6. Seorang lelaku berusia 64 tahun yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth dan mempunya latar belakang penyakit bengkak kelenjar dan prostat.

Sumber: Sidang Media KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang