Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: PKPD Di Penjara Tawau & Kuarters Penjara Taman Ehsan Dilanjut Hingga 25 Oktober Depan

PUTRAJAYA, 9 Okt – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan dilanjutkan hingga 25 Oktober depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lanjutan tempoh tersebut dibuat berikutan masih terdapat kes-kes baharu positif COVID-19 yang direkodkan.

“Lanjutan tempoh ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan saringan seterusnya,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sebelum ini, arahan PKPD di kedua-dua kawasan terbabit hanya dilanjutkan dari 26 September hingga 9 Oktober hari ini.

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia