Siakap Keli

TERKINI: 6 Lagi Kluster Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini Termasuk Satu Di Selangor

PUTRAJAYA, 13 Okt – Sebanyak enam kluster baharu penularan COVID-19 dikesan pada hari ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham berkata, daripada enam kluster tersebut, empat dikesan di Sabah, satu di Pulau Pinang dan satu di Selangor.

Kluster Semarak dikesan di Tawau, kes indeks iaitu kes ke-12,200 adalah hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober lalu. Kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Seterusnya Kluster Bina di Beaufort, Sabah. Kes indeks iaitu kes ke-15,575 dikesan positif hasil saringan di Hospital Sipitang pada 10 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Kluster ketiga ialah Kluster Sabindo di Tawau, Sabah. Kes indeks adalah kes ke-11,897 dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Kluster keempat ialah Kluster Bestari di Sandakan, Sabah. Kes indeks adalah kes ke-14,830 yang dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober dan telah dimasukkan ke hospital di Sandakan.

Kluster kelima ialah Kluster Bah Kenangan di daerah Hulu Langat, Selangor. Kes indeks ialah kes ke-11,802 yang dikesan positif hasil saringan selepas pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah pada 2 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Manakala kluster keenam ialah Kluster Penjara Jawi di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Tiga tahanan dikesan positif hasil saringan kemasukan dari Penjara Reman pada 11 Oktober.

Ketiga-tiga mereka adalah tidak bergejala dan kini telah dimasukan ke pusat rawatan berisiko rendah.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'