Siakap Keli
Kredit gambar: BERNAMA

Air Selangor: Paip Pecah Dikesan Di Jalan Bukit Raja Di Klang, Gangguan Air Bermula 10.30 Malam Di 15 Kawasan Ini

KLANG, 14 Okt – Satu kejadian paip pecah dikesan berlaku berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang, di sini hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, bekalan air pada 10.30 malam ini akan ditutup bagi kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dilaksanakan.

“Sebanyak 15 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Ia melibatkan Batu Belah, Sungai Putus, Teluk Kapas; Sementa; Perepat; Jalan Kapar Batu 1 hingga 8 dan Klang Utama; Bandar Klang (Batu 1 hingga 3 Jalan Meru); Bandar Baru Klang; Taman Berkley/Eng Ann; Jalan Goh Hock Huat; Bandar Sultan Sulaiman; Jalan Pelabuhan Utama; Pelabuhan Utara; Sungai Sireh dan Seri Perantau; Kampun Keretapi; Jalan Limbungan dan Jalan Shahbandar,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Difahamkan, kerja-kerja pembaikan itu dijangka siap pada 9.30 pagi esok, manakala bekalan air diramal pulih sepenuhnya pada 5.30 petang berikutnya.

“Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya.

“Sebarang perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi Air Selangor dan www.airselangor.com.,” tambah kenyataan itu lagi.

 

Sumber: Air Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'