Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hingga kini, kita dapat lihat virus corona ini masih lagi bertebaran di bumi ini, tidak terkecuali juga Malaysia. Public Health Malaysia dedahkan kajian dari Thorax bahawa kes yang bergejala dan tidak bergejala mempunyai paras virus yang sama. Kajian ini telah melibatkan 213 kes positif di korea selatan.
Hal ini mengukuhkan lagi polisi untuk menggalakkan semua masyarakat memakai topeng muka, tiada yang terkecuali. Perkara ini amat penting untuk mengelakkan dari virus tersebut terus tersebar dan menjangkiti orang lain. Dinasihatkan juga untuk golongan yang berisiko tinggi untuk membuat saringan kerana ianya juga amat penting bagi menangani wabak ini.
Di Malaysia, kes positif baharu semalam (14 Oktober 2020) mencatat 660 kes dan mencatat sebanyak 5,768 kes aktif dengan 108 kes yang sedang dirawat di ICU. Sabah masih mencatatkan angka yang paling tinggi dengan penambahan kes 429 semalam.

Sumber: Public Health Malaysia