Ramai Tak Tahu, Ini Tempat Terbaik Nak Beli Kereta Terpakai, Boleh Dapat Diskaun RM300 Lagi

Selepas bertahun-tahun motosikal aku berbakti menghantar aku pulang ke kampung, hantar aku pergi kerja, hantar aku untuk ke mana-mana sahaja urusan yang aku nak uruskan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli sebuah kereta. Nak beli kereta baharu tu memang tak mampu la. Aku bercadang nak beli kereta terpakai sahaja.

Aku membelek la Facebook, kot ada kawan-kawan yang nak jual kereta mereka, boleh la aku merisik bertanya harga. Belek punya belek, tiba-tiba aku terjumpa satu iklan laman web yang menjual kereta-kereta terpakai. Aku pun klik pautan tersebut dan aku dibawa ke laman web CARSOME. Laman webnya sangat ringkas dan mesra pengguna.

Aku terus je tekan butang FIND YOUR CAR dan aku dihidangkan dengan beberapa model kereta terpakai yang popular. Ada kereta import seperti jenama Honda, Toyota, Mazda, Suzuki dan banyak lagi. Kalau korang minat jenama tempatan pun ada seperti model Bezza, Myvi, Preve, Axia dan banyak lagi.

Bagi aku, laman web CARSOME ni sangat selesa untuk digunakan dan susunan lamannya yang sangat kemas. Aku juga boleh menetapkan harga kereta mengikut kemampuan bergantung kepada bajet sehingga harga maksimum kereta yang aku pilih. Aku juga boleh menetapkan kemampuan aku untuk bayaran bulanan, tahun model kereta dikeluarkan, mileage dan warna kereta.

CARSOME menjanjikan kepada pembeli satu tahun waranti. Semua kereta yang dipilih adalah diiktiraf oleh CARSOME dan melepasi 175 inspection dan yang pasti kereta tidak pernah terlibat dalam kemalangan besar, tidak mengalami kerosakkan struktur atau rosak akibat banjir. Jika korang membeli kereta dengan CARSOME, korang akan dijanjikan 5 hari pulangan wang semula.

CARSOME juga menyediakan gambar 360 darjah bahagian dalaman dan luaran kereta. Korang juga boleh tempah hari dan masa untuk pandu uji kereta yang korang minat. Jika korang dah setuju dengan keadaan kereta, CARSOME akan menguruskan kesemua urusan jual beli termasuk tukar nama hak milik dan permohonan pinjaman jika diperlukan. Harga yang dipamerkan adalah harga penuh kereta tersebut termasuk 1 tahun waranti, cukai jalan, pemeriksaan Puspakom, pertukaran hak milik, yuran permohonan pinjaman dan disertakan sekali bayaran bulanan.

CARSOME juga menilai kereta dan menyampaikan maklumat tentang kereta yang benar kepada pelanggan.  Gambar setiap calar-calar ringan pada badan kereta, tak kira bahagian dalam dan luar kereta turut disediakan dalam laman web.

Selain itu, aku juga boleh mengira sendiri bayaran muka yang aku nak bayar dan kemudian jumlah bayaran bulanan akan terpampang pada Loan Payment Calculator. Aku juga boleh menetapkan tempoh pinjaman yang aku rasa mampu untuk aku bayar berdasarkan bayaran muka yang aku nak.

CARSOME juga ada nak bagi hadiah untuk 5 pemenang bertuah Siakap Keli. Apa yang korang perlu buat adalah Like dan Share artikel ini di Facebook sebelum 31 Oktober 2020 dan pastikan korang set as Public untuk memudahkan Siakap Keli memilih 5 pemenang bertuah. Para pemenang akan mendapat potongan harga RM300 jika korang membeli kereta terpakai daripada CARSOME.

Kalau nak dapat potongan harga, cepat-cepat Like dan Share artikel ni. Pemenang akan dipilih secara rawak. Maklumat lanjut atau korang nak ikut aku beli kereta terpakai kat CARSOME korang klik je kat link di SINI . Okaylah, aku nak pilih kereta idaman dulu ni. Jangan lupa Like and Share.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Editor: Azmil

Tambah komen

Dari Wiser.my