Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ini Antara Enam Kereta Hibrid Terbaik Di Dunia, Lincah Dipandu & Ada Di Malaysia
“Kereta hibrid ni teknologi baru, mana boleh pakai, mahal pulak tu kalau jadi apa-apa.”
“Pilihan pun tak banyak kat Malaysia ni, berapa kerat je brand yang keluarkan kereta hibrid, kau yakin ke nak beli?”
Biasa dengar kenyataan macam di atas, kan? Baik ketika berborak di kedai kopi bersama kawan-kawan atau ketika membaca komen pada hantaran-hantaran mengenai kereta hibrid di media sosial.
Ada sesetengah pendapat selalu mengaitkan kereta hibrid ini sebagai satu pilihan yang mahal untuk dimiliki dan khas untuk kelompok tertentu atau pasaran kecil sahaja.
Tetapi hakikatnya, kenyataan di atas sangatlah tidak tepat. Kalau dahulu mungkin ya dan pasaran kereta hibrid ketika itu diakui memang kecil.
Namun, situasi hari ini sudah jauh berbeza keran pasaran kereta hibrid di Malaysia sedang menunjukkan trend berkembang yang pesat.
Tanpa kita sedar, deretan jenama mula membawa masuk model hibrid masing-masing ke dalam pasaran negara ini.
Malah, Malaysia sebenarnya sangat bertuah kerana ada enam model kereta hibrid yang diiktiraf antara terbaik di dunia kini sudah ditawarkan dalam pasaran tempatan.
Bermula dari kereta bandar yang lincah kepada sedan keluarga yang selesa, hinggalah ke SUV besar untuk seisi keluarga, semuanya sudah ada varian hibrid sendiri.
Lebih menarik, semua enam varian ini hadir di bawah satu jenama yang sudah gah di seantero dunia.
Jenama tersebut tak lain tak bukan adalah Honda, yang sudah bertapak puluhan tahun di Malaysia dan mempunyai sejarah panjang dalam menghasilkan kenderaan berkualiti untuk para pelanggannya.
Enam varian hibrid (e:Hev) merangkumi beberapa segmen utama yang Honda tawarkan dibawah direka khusus untuk memenuhi keperluan setiap jenis pengguna.
Honda City (Segmen B - Sedan)
Sesuai untuk keluarga kecil dan praktikal untuk kegunaan harian. Teknologi hibrid memberikan penjimatan minyak yang luar biasa terutamanya untuk pemanduan dalam bandar.

Paling menarik, rekaan Honda City tetap mengekalkan keselesaan ruang penumpang yang selesa dan but belakang yang luas untuk perjalanan jauh.
Honda City Hatchback (Segmen B - Hatchback)
Tampil dengan reka bentuk yang lebih sporty dan lincah, Honda City Hatchback memang sesuai untuk anak muda serta mereka yang berjiwa aktif.

Honda Civic (Segmen C - Sedan)
Sedan segmen c tetapi untuk pasaran lebih premium ini juga ada ditawarkan dalam varian hibrid.

Hadir dengan imej yang sporty dan ruang kabin yang lebih luas, varian hibrid ini turut menawarkan prestasi kereta yang lebih berkuasa dan pemanduan yang dinamik yang memenuhi semua keperluan pengguna.
Honda HR-V (Segmen B - SUV)
Populariti Honda HR-V memang tidak boleh dinafikan lagi. Model ini menjadi antara SUV kompak paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Varian hibrid pula menawarkan penjimatan bahan api yang jauh lebih baik berbanding varian petrol.

Dengan saiz kabin yang luas dan ruang but yang praktikal, Honda HR-V varian hibrid sesuai untuk mana-mana keluarga kecil dan mudah dikendalikan terutamanya ketika situasi sesak dalam bandar.
Honda CR-V (Segmen C - SUV)
Umpama abang kepada HR-V, Honda CR-V pula sesuai untuk keluarga besar yang sering melakukan perjalanan jauh seperti pulang ke kampung dari ibu kota.
Varian hibrid yang lebih menjimatkan melengkapkan pakej premium sedia ada Honda CR-V seperti ruang kabin yang luas, tempat duduk penumpang yang selesa, but belakang yang praktikal serta prestasi pemanduan yang berkuasa.

Honda Prelude Serba Baru (Coupe / Sportcar)
Baru sahaja dilancarkan beberapa hari lepas, pengguna di Malaysia juga berpeluang untuk memiliki salah satu model ikonik Honda ini dalam varian hibrid.
Honda Prelude ini adalah pilihan tepat untuk peminat tegar dunia automotif dan mereka yang mahu mencari kelainan.

Sebuah coupe hibrid yang ikonik dan sporty, menawarkan pengalaman pemanduan yang menggabungkan warisan nama legenda, iaitu Prelude itu sendiri dengan teknologi hibrid Honda yang serba moden.
Melihat kepada barisan model di atas, dapat disimpulkan bahawa Honda bukan sekadar tangkap muat apabila membawa kempen Hybrid Done Right untuk varian hibridnya.
Ada alasan yang sangat kukuh mengapa teknologi hibrid Honda diangkat sebagai antara yang terbaik di dunia.
Honda bukan jenama yang asing
Sebagai jenama yang sudah mencapai taraf legasi di peringkat global, Honda mempunyai reputasi yang utuh dan terkenal dengan kepakaran menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi, berteknologi terkini dan memahami kehendak pengguna dari generasi ke generasi.
Jimat minyak tanpa mengorbankan keseronokan pemanduan
Jika kereta yang sedap dipandu sering dikaitkan dengan penggunaan bahan api yang tinggi, teknologi hibrid Honda pula ‘berkata’ sebaliknya.
Honda berjaya mematahkan stigma ini dengan menghasilkan kenderaan yang bukan sahaja menjimatkan minyak, tetapi mencapai penjimatan tersebut tanpa mengorbankan keseronokan pemanduan yang menjadi identitinya selama ini.
Falsafah Hybrid Done Right yang bukan gimik semata-mata
Hybrid Done Right telah meletakkan teknologi hibrid Honda berada dalam kelas tersendiri, berbanding pesaing-pesaingnya yang lain.
Honda membuktikan bahawa mereka sudah berjaya menghasilkan kenderaan dengan keseimbangan yang optimum tiga elemen penting iaitu
Kecekapan bahan api yang luar biasa
Prestasi pemanduan yang responsif dan bertenaga
Kebolehpercayaan enjin yang tinggi untuk jangka masa panjang
Satu perkara yang sering membuatkan pembeli ragu-ragu dengan kereta hibrid adalah jangka hayat bateri.
Perkara ini pantas diselesaikan oleh Honda dengan menawarkan waranti sehingga 10 tahun yang merangkumi bateri serta komponen hibrid utama*.
Dengan adanya jaminan yang panjang ini, ia pasti memberikan keyakinan dan ketenangan minda tambahan kepada pemilik baru varian hibrid Honda.
10 tahun Bateri Hibrid dan Komponen*
*Perlindungan waranti bateri hibrid dan komponen adalah tertakluk kepada terma dan syarat waranti Honda.
Honda kekal pilihan diyakini dari generasi ke generasi
Melalui falsafah "Hybrid Done Right", Honda membuktikan pengguna kini boleh mendapatkan sebuah jentera yang jimat minyak, seronok dipandu dan tahan lama dalam sebuah varian hibrid.
Untuk maklumat lanjut mengenai model-model hibrid dan model-model lain, boleh layari laman web, Facebook dan TikTok Honda.