Siakap Keli
Gambar: Oddity Central

(Video) Syarikat Ini ‘Upah’ Alpaca Untuk Bantu Pekerja Hilangkan Stress

Sebuah syarikat video produksi China telah meraih banyak perhatian di media sosial selepas ‘mengupah’ seekor haiwan kacukan llama-alpaca berusia dua tahun untuk para pekerjanya menghilangkan stress.

Sebuah syarikat yang berpangkalan di Wuxi telah ‘megupah’ Tuo Baiwan, seekor haiwan baka campuran llama-alpaca untuk berjalan-jalan di dalam pejabat untuk menawan hati pekerja dengan kecomelannya.

Haiwan tersebut dikatakan menyukai perhatian yang diberi oleh kakitangan syarikat berkenaan serta upah yang diberi kepadanya.

Menurut Oddity Central, kehadiran haiwan itu sedikit sebanyak telah membantu menghilangkan tekanan dan berjaya memberi senyuman pada wajah kakitangan syarikat tersebut.

“Baiwan selalu menggembirakan dan menceriakan hari kami,” kata pengurus, Gao Tong kepada Ruptly TV. “Walaupun kadang-kala dia menjadi budak nakal, dia baru berusia sekitar dua tahun, namun kami semua sangat menyayanginya.”

Baiwan dilaporkan suka berjalan-jalan di kawasan lapang syarikat itu dan berguling-guling di rumput selain berada di dalam pejabat berinteraksi dengan pekerja yang sedang sibuk.

Syarikat itu mula membuat video pendek mengenai kehidupan seharian Baiwan di sekitar pejabat dan betapa seronoknya bekerja dengan keberadaan alpaca.

Video tersebut telah menjadi tular sekali gus membuatkan populariti alpaca itu melonjak naik selepas ianya dimuat naik di aplikasi TikTok.

Sumber: Oddity Central

Aqmal Ezany

I write what is right