Gambar: Google

“Mata Besar, Warna Merah…”, Lelaki Cemas ‘Disergah’ Makhluk Hodoh Ketika Tidur Dalam Kelambu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masa kecil-kecil dulu, mungkin ada di antara kita yang pernah melalui pengalaman-pengalaman seram ketika tidur.

Nak-nak waktu itu biasanya di rumah-rumah kampung, suasana malam agak sepi dan kadangkala menyeramkan.

Macam yang diceritakan oleh netizen bernama Putra di group Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia baru-baru ini, dia sendiri pernah berhadapan dengan makhluk halus ketika orang lain nyenyak tidur.

Agak menyeramkan, bentuk tubuh makhluk itu pun dia boleh nampak dengan jelas sekali. Mari ikuti cerita ini.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Hantu Doraemon

Assalamualaikum semua dan selamat petang buat yang non-Muslim.

Hari ini aku nak kongsi satu pengalaman aku masa aku kecik dahulu. Bunyi tajuk tu pelik ya. Haha.

Sebenarnya aku ni tak tahu sangat jenis-jenis hantu. So aku bagi nama pun ikut sedap aku je sebab rupa hantu tu aku tengok bentuk seakan-akan bentuk Doraemon. Antara kartun yang aku suka masa kecik dulu.

Kisah ni berlaku masa bulan Ramadan. Masa tu aku dengan adik aku tidur dalam kelambu. So dalam kelambu tu kalau tak silap aku ada tiga orang iaitu kakak aku, aku dan adik lelaki aku.

Arwah ayah aku dan ibu tidur di luar kelambu.

Malam tu aku memang rasa susah nak tidur. Jadi terkebil-kebillah aku sorang-sorang sambil memerhatikan adik-beradik aku tidur.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Mulanya aku tak rasa apa-apa sampailah tiba-tiba aku terdengar sesuatu sedang berjalan-jalan kat bahagian dapur.

Aku cuba amati bunyi tu. Mulanya bunyi tu tak berapa jelas, tapi lama-kelamaan makin nyata.

Aku cuba kuatkan semangat dengan menganggap mungkin tikus kot.

Tengah dok mengamati bunyi tu, tiba-tiba aku nampak dengan jelas bayang-bayang satu objek seperti budak tetapi yang peliknya bentuk kepalanya botak dan tangannya seolah-olah bersambung dengan kepalanya.

Benda tu berjalan menghampiri kelambu tempat aku berada. Aku rasa takut sangat. Nak menjerit takut benda tu tahu. Jadi nak taknak aku mendiamkan diri sahaja di dalam kelambu.

Tiba-tiba kelibat benda hitam itu hilang sekelip mata. Aku berasa lega. Sangkaanku benda tu dah takda tapi rupanya tidak.

Time tulah aku tiba-tiba rasakan ada sesuatu sedang bergerak bawah tilam aku duduk dalam kelambu tu. Tilam tu nipis je so kalau ada benda di bawahnya kita akan rasa.

Benda tu bergerak-gerak ke tepi tilam yang letaknya di tepi dinding. Makin lama makin kuat tilam tu bergerak-gerak. Aku dah menggigil ketakutan, lalu aku gerakkan kakak aku yang tidur di sebelah tapi takda respon.

Tengah-tengah aku ketakutan tulah benda tu keluar dari bawah tilam tu. Bentuknya bulat macam talam. Matanya besar berwarna merah.

Ia tiada leher dan kedua-dua tangannya bersambung di kepala dan kakinya pun pendek saja.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Terus aku menjerit dan keluar dari kelambu. Masa tulah arwah ayah aku datang dan peluk aku. Aku hanya mampu menangis tetapi sedikit lega sebab arwah ayah dan emak ada di sisi aku.

Apabila dah dapat sikit kekuatan aku menceritakan apa yang aku nampak. Arwah ayah aku segera pergi ke kelambu dan memeriksa sama ada benda tu masih ada atau tak.

Alhamdulillah dah tiada.

Dan yang peliknya kakak aku dengan adik aku sikit pun tak sedar atau terjaga. Seolah-olah macam tiada apa yang berlaku.

Sejak kejadian tu aku jadi fobia untuk tidur di tepi dinding. Dan sampai sekarang aku tak tahu makhluk apakah itu.

Mungkin toyol atau makhluk halus yang lain berupa begitu. Sekian..

Sumber: Putra

Denin

Menulis untuk mendidik.

Editor: Fazidi

Tambah komen

Dari Wiser.my