Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, Enam Lagi Kematian Dilaporkan Pada Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat enam pertambahan kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Justeru, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 176 kes bersamaan 0.94%.

Menurut Dr Noor Hisham, kes yang pertama ialah kes 171, kes 11, 628 iaitu seorang lelaki warganegara berusia 66 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian yang ke 172 iaitu kes 15, 853 pula melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 72 tahun, mempunyai penyakit jantung dan meninggal di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Kes kematian ketiga ialah kes 173 iaitu kes 18, 618, seorang lelaki warganegara berumur 39 tahun yang mempunyai sejarah strok dan meninggal di Hospital Semporna.

Tambahnya lagi, kes kematian 174 iaitu kes 18, 616, seorang perempuan warganegara berusia 74 tahun. Beliau mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang dan meninggal di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian 175 pula iaitu kes 18, 617 merupakan seorang lelaki warganegara berusia 67 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan penyakit strok. Beliau meninggal di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian keenam iaitu kes kematian 176 iaitu kes 18, 676 merupakan seorang lelaki bukan warganegara berusia 52 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, penyakit jantung, penyakit kulit psoriasis dan penyakit tulang belakang . Beliau meninggal di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story