Siakap Keli

Lembah Klang Merangkumi 20.3% Daripada Jumlah Keseluruhan Kes Covid-19, 5 Kawasan Ditanda Zon Merah

Dalam satu infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia mendpati, Lembah Klang merangkumi 20.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19.

Ini termasuk Selangor yang mencatat 159 kes, manakala Kuala Lumpur mencatat 15 kes dan Putrajaya 2 kes. Lembah Klang kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan kecuali kebenaran KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berdasarkan data grafik dibawah, lima (5) kawasan di Lembah Klang berada dalam zon merah Covid-19. Ini termasuk kawasan Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)