Tubuh badan yang sihat merupakan salah satu nikmat rezeki yang perlu dihargai kerana tidak semua orang memilikinya.
Ada yang diuji dengan pelbagai komplikasi penyakit sejak lahir sehingga membataskan mereka menjalani kehidupan seperti orang lain.
Itu yang dialami oleh adik Ummu Damia Khalisya yang terlantar sakit sejak dilahirkan enam tahun lalu kerana menghidap masalah lebihan cecair dalam kepala (Hydrocephalus).
Menerusi perkongsiaan Adi Aqeed di Facebook, adik Khalisya yang pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala kini memerlukan bantuan bagi membeli keperluan sejenis susu khas serta lampin yang mencecah sehingga RM700 sebulan.
Khalisya perlukan bantuan susu khas
19.10.20
Kubang Kerian, Kelantan
Adik ni terlantar, tak dapat melihat , tak dapat makan dan hanya bergantung sepenuhnya pada susu khas yang mahal – PEDIASURE Vanilla.
Semalam saya berkesempatan singgah dirumah adik Ummu Damia Khalisya yang terlantar sejak dilahirkan 6 tahun lalu akibat menghidap masalah lebihan cecair dalam kepala (Hydrocephalus).

“Akibat penyakit itu anak saya menjadi lumpuh dan terlantar hingga kini” – kata ibunya Fazatul Azren Husin yang juga seorang ibu tunggal.
Anak bongsu dari 2 beradik itu pernah jalani pembedahan dibahagian kepalanya bagi memasukkan sejenis tiub khas untuk alirkan cecair lebihan dari kepala ke bahagian perut.
Adik Khalisya hanya bergantung sepenuhnya pada sejenis susu khas yang disarankan oleh pihak perubatan iaitu ‘Pediasure’ serta masih perlu memakai lampin.Kos kedua2 keperluan tersebut mencecah RM700 sebulan.
“Sebab kos susu yang tinggi kadang tu saya terpaksa campur je lah dengan susu biasa supaya tak terputus bekalan susu dia” – ibu Khalisya.
Tidak hanya bergantung pada bantuan bulanan RM350 dari JKM, ibunya yang perlu menanggung seorang lagi anak yang masih bersekolah itu juga turut berusaha menambah pendapatan lain melakukan kerja separuh masa dibahagian ‘housekeeping’ di sebuah hotel bajet di bandar Kubang Kerian dengan menaiki motosikal dari rumah sewa ibubapanya di Kg Bonggor , Binjai.
Mereka yang ingin berkongsi rezeki meringankan bebanan adik Khalisya boleh rujuk maklumat ni
Akaun
BSN 0300 3410 0013 2103
FAZATUL AZREN HUSIN (Ibu)
Tel: 01155094800
Lokasi: Kg Bongor, Binjai, Kota Bharu, Kelantan
Sumber: Adi Aqeed