Siakap Keli
Kredit gambar: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Student ‘Kantoi’ Lompat Pagar Asrama Waktu Tengah Malam & Kena Tangkap, Rupanya Ini Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai anak muda yang ingin mengubah nasib hidup, pasti pelbagai usaha akan dilakukan walau apa sahaja cara sekalipun.

Lebih-lebih lagi bagi seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), kos sara hidup yang tinggi menambahkan lagi ‘rencah’ kehidupan mereka.

Bagi yang datang daripada keluarga berada, mungkin tiada masalah namun bagi yang kurang berkemampuan, wang saku di tangan adalah cabaran paling getir.

Percaya atau tidak, seorang pelajar ini sanggup ‘terpaksa’ melanggar peraturan asrama semata-mata untuk berjuang demi hidup.

Ikuti kisah menyentuh hati yang dikongsikan oleh pendidik terkenal, Cikgu Mohd Fadli Salleh ini.

Gambar: Mohd Fadli Salleh

Budak ini lompat pagar asrama tengah malam tiga hari lepas.

Kena tangkap dengan jaga, jaga contact warden untuk tindakan lanjut. Sepatutnya, kesalahan begini memang tiada maaf. Buang asrama terus.

Namun semalam, adik ini dimaafkan kesalahannya oleh kawan aku. Kenapa? Kerana dia lompat pagar demi mencari rezeki.

Budak ini, seorang pelajar IPTS. Tak perlu aku sebut IPT mana, yang tu diam-diam saja.

Baik akhlak budak ni. Salah seorang sukarelawan Dana Kita juga. Cakap sahaja perlu guna tenaga, dia pasti muncul. Tak pernah ada alasan.

Kehidupan sebagai student di ibu kota ni, memang sangat perlu mengikat perut. Serba-serbi mahal. Nak beli bahan belajar, print assisgnment, itu ini, semua memerlukan belanja.

Saat students lain minta duit ibu bapa untuk menampung segala belanja, anak bongsu daripada enam adik-beradik ini memilih untuk membuat part time.

Bangga betul aku dengan sikap dia. Aku cukup suka anak muda ada sikap begini. Sikap ingin mengubah kehidupan tanpa bergantung pada sesiapa. Hanya tulang empat kerat dia sahaja.

Dia pergi jumpa kontraktor Alam Flora, minta apa-apa kerja yang boleh dilakukan hujung minggu.

Dia diberi kerja sapu sampah, cuci longkang dan sebagainya. Waktu kerja dari jam 10 malam hingga 6 pagi. Gaji RM45. Dan dia tak menolak kerja tu!

Bangga gila aku dengar masih ada anak muda kita yang masih belajar sanggup kerja sapu sampah, cuci longkang dari malam sampai ke pagi dengan gaji cuma RM45.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Tak ramai anak muda ada semangat seperti ini. Ada, tapi tak ramai.

Rules di asrama, selepas jam 7 malam dah tak boleh keluar asrama. Memandangkan dia kena kerja jam 10 malam, dia akan curi-curi lompat pagar setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Nasib dia malang semalam, kena tangkap. Terkejut warden bila lihat lelaki pakai baju Alam Flora kena tangkap. Ingatkan orang luar, rupanya student sendiri.

Namun bila disiasat dan tahu hal sebenar, pelajar ini dimaafkan.

Dia bukan mencuri. Dia bukan penjenayah. Dia cuma nak mencari rezeki halal.

Cuma tindakan itu tetap salah. Tidak boleh beri pengecualian, namun kami fikirkan jalan lain untuk dia buat part time tanpa melanggar peraturan asrama.

Semalam aku jumpa dia dan warden tersebut. Kami bincang lanjut bagaimana nak bantu dia. Insya-Allah, kita akan terus sokong budak ini untuk buat part time.

Dia rajin. Dia ada semangat. Dia berusaha. Pasti aku akan bantu. Ini sikap yang sangat aku suka.

Pasti ada jalan kejayaan untuk orang seperti ini. Lambat atau cepat, aku yakin dia akan menjadi seseorang yang disegani kelak.

Terus maju jaya anak muda. Terus kental dan gigih berusaha. Aku sokong rapat usaha kamu. Ayuh! Ini semangat yang kita mahu. Tidak lembik dan tidak mudah mengalah dengan kesusahan hidup di kotaraya.

#MFS
– Di suatu pernah, aku juga sepertinya. Melanggar peraturan demi sesuap makan –

Sumber: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'