Siakap Keli

(Video) Fenomena Menakjubkan ‘Tiga Matahari’ Terbit Di Langit China, Gemparkan Penduduk Tempatan

MOHE, CHINA: Fenomena aneh tapi menakjubkan menggemparkan penduduk tempatan apabila kemunculan ‘3 matahari’ dapat disaksikan oleh masyarakat di bandar Tuqiang, Mohe, China.

Pemandangan yang menakjubkan itu berlaku sekitar jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Sebelum ini pihak berkuasa cuaca China telah melaporkan fenomena yang berlaku di wilayah ini namun pada kali ini, ia adalah tempoh yang paling lama berlaku.

Fenomena ini disebut sebagai ‘Sun Dogs’, berlaku apabila cahaya matahari melintasi kristal ais dan awan sirus, menyebabkan pembiasan bayangan kepada matahari itu.

“Sinaran matahari kepada kristal ais dapat menghasilkan pelbagai bentuk biasan termasuk bulat seperti matahari”, kata ahli meteorologi China, Bian Yun.

Sumber: Dailymail

Alfi Aiman