Siakap Keli
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis

(Video) Rakaman Cemas Biawak ‘Terjun’ Jambatan, Nyaris ‘Mendarat’ Atas Kepala Penunggang Motosikal

Andai terlewat beberapa saat sahaja, seorang penunggang motosikal mungkin boleh terbabas akibat ditimpa biawak.

Dalam video dikongsikan Info Roadblock JPJ/Polis sebentar tadi, kamera dashcam sebuah kenderaan sempat merakam kelibat seekor biawak yang agak besar ‘muncul’ dari atas sebuah jambatan di lokasi yang tidak diketahui.

Pada masa yang sama, seorang penunggang motosikal melintasi bahagian bawah jambatan berkenaan seakan tidak menyedari kewujudan reptilia tersebut.

Secara tiba-tiba, haiwan itu terjatuh ke bawah dan nyaris mendarat di atas kepala penunggang motosikal yang baru melintasi jambatan berkenaan.

‘Kemunculan’ reptilia itu membuatkan pemandu dan penumpang kereta belakang terkejut serta tidak sempat mengelak haiwan berkenaan yang dipercayai terperosok masuk ke bawah kenderaan mereka.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

Amira

Love yourself.