Siakap Keli
Gambar Via Eddy Rusdi Abdullah

Bimbang Mudah Rosak Dan Mati, Ini Tiga Petua Jaga Pokok Kesum

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan mudah untuk menanam sebarang pokok, ia memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Sama juga dengan penanaman pokok kesum, ia memerlukan kesabaran kerana potensi untuk pokok itu rosak dan mati adalah tinggi.

Jangan risau kerana anda boleh mengikuti petua penanaman pokok kesum yang dikongsikan oleh Eddy Rusdi Abdullah menerusi group Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

TRAGEDI KESUM

Saya tanam byk kali x pnh hidup, mcm2 org ajar.

Tanam dlm bekas air bertakung (menjadi, tp tukar tanah hitam organik terus mati) tanam lagi dan lagi…

Akhirnya…

Dpt petua dri group ni juga.

1. Rendam batang kesum dlm air beberapa hari sampai keluar akar yg byk. (Kesum lebih buat masak je)

2. Dah berakar byk tanam dlm pasu. Pasu tu saya rendam dlm bekas besar sikit yg ada air) Dia hidup pasu yg direndam dlm air bertakung.

3. Pastikan tanah selalu basah. Subur dan segar. Dah byk kali buat masak asam pedas dan laksa.

Atau blh juga guna cara ini :
https://www.youtube.com/watch?v=crSuyAK3z_M

Semoga bermanfaat

Sumber: Eddy Rusdi Abdullah Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Sofea

There's always another side to every story