Siakap Keli

Foto-foto Sebak, Ada Jemaah Mengalir Air Mata Gembira Selepas Akhirnya Dapat Solat Di Masjidil Haram Semula

Kerajaan Arab Saudi semelam mengumumkan bahawa umat Islam dibenarkan kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat berjemaah yang sebelum ini ditutup bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Walaubagaimanapun, kebenaran yang diberi turut menuntut jemaah-jemaah yang hadir mematuhi SOP yang ditetapkan.

Namun, yang lebih menarik perhatian adalah tularnya foto-foto jemaah yang tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila dapat kembali beribadah di masjid suci umat Islam itu.

Ada yang hingga menitiskan air mata. Berikut adalah foto-foto yang tular di media sosial.

Sumber: Masjidil Haram, al-Buruj

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.