Siakap Keli

“Jangan Nyalakan Lampu Amaran Bahaya,” 6 Tips Memandu Semasa Hujan Lebat Para Pemandu Mesti Tahu

Memandu di jalan raya sememangnya terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan ekoran pelbagai faktor. Keadaan ini boleh bertambah buruk apabila cuaca tidak menentu seperti hujan lebat. Pemandangan bagi pemandu sudah pastinya akan terjejas.

Sedar akan perkara tersebut, terdapat beberapa tips yang boleh diikuti seperti yang telah dikongsikan di lamanTwitter JPJ Malaysia. Berikut merupakan tips yang dapat digunakan sekiranya anda memandu dalam keadaan hujan lebat :

1. Elakkan menekan brek jika kenderaan anda terbabas.
Biarkan kenderaan anda meluncur dan gunakan stereng untuk menghalakan kenderaan anda ke arah yang selamat dari segala hadangan.

2. Elakkan memandu di lorong kanan.
Kenderaan lain yang datang dari arah berlawanan mungkin melanggar lopak air lalu menyebabkan air terpercik memenuhi cermin hadapan kereta dan menghalang penglihatan anda.

3. Berhentilah di hentian rehat.
mengelakkan kemalangan jika hujan bertambah lebat dan penglihatan terjejas oleh kabus dan cuaca yang gelap.

4. Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan.
Jalan raya menjadi licin semasa hujan dan jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba, anda mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berhenti.

5. Jangan menyalakan lampu amaran bahaya.

Ia hanya boleh digunakan semasa kereta anda berhenti atas sebab-sebab kecemasan.

6. Pandu perlahan kenderaan.
Kelajuan yang melebihi 80km/j akan menyebabkan kenderaan anda meluncur. Ia berlaku apabila tayar tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya dan kenderaan menyebabkan kenderaan dipandu meluncur ke hadapan.

Sentiasalah bersedia kerana “Malang tidak berbau”.

Sumber : JPJ Malaysia

Aziezzan