Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Putrajaya, 20 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan negeri Selangor mencatatkan peningkatan dalam gelombang ketiga COVID-19 di negara ini.
Situasi ini dikatakan berpunca daripada kepadatan penduduk serta kadar pergerakan yang tinggi dalam kalangan penduduk dan pengunjung di Selangor.
“Perkembangan terkini ialah peningkatan kes di Selangor. Dengan pertambahan 132 kes positif hari ini, jumlah keseluruhan kes positif di Selangor adalah 3,489 kes. Bagi gelombang ketiga ini, negeri Selangor menyaksikan peningkatan kes pada penghujung September selepas kemasukan dan kepulangan pengunjung dari Sabah.
“Peningkatan tempatan di Selangor mula dilihat pada 2 Oktober dan meningkat secara konsisten sehingga hari ini.”
Sebanyak 26 kluster aktif bermula kluster pertama, Kluster Jalan Ampas sehingga baru diumumkan, Kluster Hentian.
Sebanyak 18 kluster aktif (69.2 peratus) jangkitan tempatan manakala 8 kluster (30.8 peratus) mempunyai perkaitan dengan mereka yang pulang dari Sabah.
9 daripada 26 kluster mempunyai kaitan amat rapat dengan jangkitan di tempat kerja iaitu 34.6 peratus.
Satu kluster dikaitkan dengan tempat beli belah awam, iaitu 3.8 peratus.
Situasi ini berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan yang tinggi dalam kalangan penduduk dan pengunjung di Selangor, katanya.
Susulan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar menjaga penjarakan fizikal dan mengamalkan penjagaan kebersihan sentiasa.