Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Walaupun wabak COVID-19 di negara ini masih belum menunjukkan tanda-tanda berakhir, namun sektor pelancongan masih lagi dibuka dalam skala sederhana berserta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Mungkin waktu ini adalah peluang terbaik untuk kita pergi ‘berehatkan’ diri bersama keluarga dengan menginap di hotel pada hujung minggu.
Sambil-sambil meluangkan masa dengan anak dan isteri, bolehlah juga lupakan sebentar hal-hal kerja di pejabat.
Menyentuh tentang hotel, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada berkongsi empat buah hotel waqaf yang bernaung di bawah Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Uniknya, hotel-hotel waqaf yang turut diuruskan bersama oleh Majlis Agama Islam Negeri ini terletak di lokasi-lokasi menarik, sudah tentu menjanjikan pengalaman yang berharga.
Mari ikuti bebenang ini.
Berikut adalah senarai keempat-empat hotel waqaf tersebut:-
Ia diuruskan oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan bertaraf tiga (3) bintang.
Hotel ini dibangunkan dengan peruntukan oleh JAWHAR di atas tanah wakaf yang menjadi hak milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).




Ia diuruskan oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan bertaraf tiga (3) bintang.
Hotel ini dibangunkan dengan peruntukan oleh JAWHAR di atas tanah wakaf yang menjadi hak milik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Berdekatan dengan medan selera dan pantai.


Ia diuruskan oleh Yayasa Waqaf Malaysia dan bertaraf tiga (3) bintang.
Hotel ini dibangunkan dengan peruntukan oleh JAWHAR di atas tanah wakaf yang menjadi hak milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).




Hotel ini dibangunkan dengan peruntukan oleh JAWHAR di atas tanah wakaf yang menjadi hak milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Ia juga diuruskan sepenuhnya oleh MAINS.




Jelas Dr. Zulkifli, hotel-hotel ini telah lama dibina dan hasilnya ‘dipulangkan’ semula kepada Majlis Agama Islam Negeri tersebut untuk diagihkan kepada umat Islam.

