Siakap Keli

(Video) Kes Menteri Didakwa Ingkar Kuarantin, Polis Sahkan Terima Arahan ‘Tiada Tindakan Lanjut’ Dari Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu sidang media sebentar tadi memaklumkan perkembangan siasatan terhadap seorang menteri yang didakwa melanggar perintah kuarantin sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat peguam negara dan arahan untuk kes tersebut adalah ‘No Further Action’ (NFA)/ Tiada Tindakan Lanjut.

“NFA atas alasan, dari sudut keterangan didapati YB Menteri telah tidak diserahkan dengan Borang 14B di bawah Seksyen 15(1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Berdasarkan keterangan tersebut, maka Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap YB Menteri memandangkan tiada keterangan yang kukuh bagi mengasaskan satu pertuduhan di bawah Akta 342 atau undang-undang subsidiries di bawahnya,” katanya dalam sidang media tersebut.

Berita lanjut menyusul.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 43:10.

Sumber: PDRM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'