Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Kerja Dari Rumah: Gaji Perlu Dibayar Seperti Biasa & Majikan Tak Boleh Arah Pekerja Guna Cuti Tahunan Atau Cuti Tanpa Gaji – Menteri

PUTRAJAYA, 22 Okt – Pembayaran gaji untuk pekerja yang diarahkan bekerja dari rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hendaklah dibayar seperti biasa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan, majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan Cuti Tahunan atau mengambil Cuti Tanpa Gaji.

“Perkara ini selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia ketika PKP pada Mac lalu.

“Namun begitu, majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa jua tindakan serta keputusan yang diambil untuk kepentingan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan di kawasan PKPB diarahkan untuk bekerja dari rumah seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada kelmarin.

Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'