Siakap Keli

(Video) Proton Umum SUV Dinanti-nanti Rakyat Malaysia, Proton X50 Dilancar 27 Oktober Ini

Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton bakal melancarkan model SUV terbaharunya, Proton X50 pada 27 Okt ini.

Proton Car dalam satu hantaran di laman Facebook menerangkan info ringkas spesifikasi menarik jentera berkenaan sebagai permulaan.

‘Stylish, Trendy & Chic’, elemen-elemen ini akan memberikan persembahan terbaik untuk PROTON X50 ke mana sahaja anda pergi.

“Dengan gaya dan ketepatan yang terbukti pada setiap aspek, SUV ini datang dengan dua ton luaran dan dalaman, lampu depan LED penuh dan rim aloi 18 inci; satu ciri-ciri yang benar-benar menonjolkannya sebagai ‘rekaan bergaya’,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Sehubungan itu, perasmian Proton X50 itu akan dilancarkan secara maya pada 27 Okt ini, pukul 10.50 pagi di laman Facebook Proton Cars.

Sila ikuti sebarang perkembangan terkini di Facebook rasmi Proton dari semasa ke semasa.

Sumber: Proton Cars

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'