Siakap Keli
Kredit gambar: Ili Aqilah/MDBG

(Video) Wanita Teruja Dapat Masuk Kapal Korek Tanjung Tualang, Antara Terbesar Di Dunia, Kini Jadi Muzium & Boleh Dilawati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang kita ketahui, negeri Perak sangat kaya dengan tinggalan-tinggalan sejarah termasuklah bekas-bekas lombong bijih timah.

Kalau anda jenis suka melawat ke tempat-tempat bersejarah dan ada nilai sentimental, pasti Kapal Korek Tanjung Tualang menjadi salah satu destinasi pilihan.

Percaya atau tidak, kapal korek bersejarah di situ adalah antara yang tertua di negara ini, di mana ia pernah beroperasi sejak tahun 1938.

Difahamkan, ia juga merupakan antara kapal korek terbesar di dunia yang pernah direkodkan.

Kredit gambar: Google

Pengalaman masuk ke dalam Kapal Korek Tanjung Tualang

Baru-baru ini, seorang warga Twitter, Ili Aqilah berkongsi pengalamannya masuk ke dalam kapal korek tersebut.

Difahamkan, ‘suasana’ di dalamnya masih lagi kekal terpelihara seakan-akan kapal itu masih lagi beroperasi.

Ini gambar-gambar yang lebih jelas anda boleh lihat:-

Gambar: Ili Aqilah
Gambar: Ili Aqilah
Gambar: Ili Aqilah

Netizen lain kongsi pengalaman

Selain itu, beberapa netizen lain juga turut mengambil kesempatan berkongsi pengalaman mereka yang pernah masuk ke tinggalan bersejarah tersebut.

Mengimbau sejarah Kapal Korek Tanjung Tualang

Merujuk portal Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG),  Tanjung Tualang ini amat terkenal satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang pernah beroperasi dengan skala besar.

Terdapat beberapa syarikat perlombongan tempatan dan antarabangsa pernah menjalankan operasi di sekitar kawasan ini, iaitu Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple dan Pernas Chartered Management.

Difahamkan, kapal korek yang beroperasi di Tanjung Tualang ini merupakan antara yang terbesar di dunia. Untuk rekod, lima buah kapal korek pernah beroperasi di sini sekitar 1970an dulu.

Kredit gambar: Google

Daripada semua itu, hanya satu ini sahaja yang masih kekal utuh ‘berdiri’ di bekas lombong tersebut, menjadikannya sebagai satu-satunya kapal korek warisan bersejarah terakhir di negara ini.

Difahamkan, ia pernah beroperasi selama 54 tahun sejak zaman sebelum merdeka, iaitu sejak tahun 1938 sehinggalah ke 1992, bermula di Malim Nawar hingga ke perhentian terakhir di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang.

Dengan kos pembinaan mencecah RM30 juta, kapal korek ini dibina dengan keluasan 35 meter lebar dan 75 meter panjang, manakala ruang kerja di dalamnya terbahagi kepada lima tingkat.

Operasi kapal korek seberat 4,500 tan ini dijalankan oleh 90 orang tenaga kerja, di mana hanya 30 orang yang akan bekerja dalam satu-satu masa.

Jika berminat untuk melancong ke sini, anda boleh merujuk kepada maklumat di bawah ini:-

Sumber: Ili Aqilah, Majlis Daerah Batu Gajah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'