Siakap Keli
Gambar: ANIMONSTA BOBOIBOY

(Video) Tan Sri Dr. Noor Hisham Tampil Dalam Video Klip Animasi, Ajar BoboiBoy Untuk Lawan Covid-19

Hari ini dalam satu kiriman di laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, satu video klip animasi BoboiBoy dengan penampilan watak animasi Tan Sri Dr. Noor Hisham memberitahu cara-cara nak lawan Covid-19

Klip video terbitan Animonsta Studio (MONSTA) yang berdurasi 1 minit itu adalah untuk mempromosikan langkah-langkah pencegahan untuk memerangi Covid-19 dalam kalangan masyarakat kita.

Seperti anda lihat, dalam video ini Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai agar mengamalkna konsep CAPP iaitu Cegah, Amal, Patuh dan Pantau dengan lakonan suara latar sebenar.

Antara dialog di dalam video ini termasuklah;

“Kamu tidak memerlukan kuasa untuk mengalahkan virus Covid-19, kamu hanya perlukan CAPP”

Video ini dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia kira-kira lebih 80 ribu tontonan dan setakat ini lebih dari 3 ribu tanda suka.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang