Siakap Keli

(Video) “Kami Tak Ada Makanan Tuan…”, Sayu, Pakcik ‘Bajau Laut’ Gigih Naik Sampan ‘Kejar’ Polis Marin, Rayu Bantuan Untuk Orang Kampung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rakyat Sabah hari ini sedang menjalani hari-hari suram berikutan wabak COVID-19 sedang menyerang segenap negeri siang dan malam.

Dengan kes positif negeri tertinggi dicatatkan, rakyat marhaen Sabah terpaksa akur dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri serta PKP Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan tertentu.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar atau kampung darat, mungkin PKPB atau PKPD itu tidak begitu mencabar kerana bantuan tersedia dengan mudah.

Namun, kesenangan itu tidak mampu dirasai oleh marhaen kaum Bajau Laut yang mendiami kampung-kampung air di sekitar perairan Sabah.

Jauh dari penempatan darat, jeritan hati susah-payah mereka seakan-akan bisu, hanya mampu didengari ombak-ombak laut yang sepi.

Sehinggalah sampai satu masa, seorang individu warga emas yang lanjut usianya terpaksa ‘menongkah arus’ melewati perbatasan undang-undang PKPD dengan turun ke laut dan ‘menyerah diri’ kepada pihak berkuasa semata-mata untuk mendapatkan makanan.

Ikuti perkongsian dan video oleh Hugs Project di Sabah ini.

Pakcik Ladja menyerah diri dengan Pasukan Polis Marin

Sumber: Youtube

Baru-baru ini tular satu video dari bot ronda Polis Marin RH47 di mana terdapat penduduk kawasan Zon Merah Kluster Bangau-bangau, Kg. Halo datang seorang lelaki menaiki sampan berdayung menghampiri bot Polis Marin yang melakukan operasi pemantauan OP BENTENG di perairan PKPD.

Rayuan Pakcik Ladja merupakan rayuan sebahagian saudara-saudara di daerah Semporna yang menjalankan kehidupan sebagai nelayan yang tinggal di rumah-rumah atas air tiada kemudahan jambatan untuk perhubungan dengan tanah besar Semporna.

Pakcik Ladja juga menggunakan perahu yang sudah uzur dan dimasuki air laut di dalamnya semasa berdayung menghampiri bot polis Marin yang sedang bertugas membuat rondaan di kawasan PKPD.

Polis Marin yang bertugas dengan segera bertindak terus merakam video permintaan dari Pakcik Ladja.

Sumber: Youtube

Alhamdulillah maklumat tersebut terus sampai ke WhatsApp. Aku terus menghubungi adik My Tiong Nirma Majinji selaku Coordinator dari (Hugs Project) daerah Semporna, merasa terharu dengan tindakan yang dibuat oleh pihak pasukan polis marin.

Dengan segera, My tiong mengatur bantuan untuk dihulur ke kawasan yang seperti dimaklumkan oleh Pakcik Ladja.

Lebih kurang jam 3 petang baru air pasang, sampai di sana pengagihan dibuat mengikut seperti apa yang dirancang.

Pasukan Polis Marin bersama bot Esscom serta dengan rasa tanggungjawab mengiringi pihak NGO untuk mengagihkan bantuan bagi mempastikan pembahagian berjalan lancar seterusnya menjaga keselamatan.

Sumber: Youtube

Pihak Hugs_Project dan seluruh gabungan NGO yang ada di Semporna mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota Pasukan Polis Marin Semporna yang telah menyampaikan informasi masalah kehidupan masyarakat yang terkesan akibat wabak Covid-19 terutama masyarakat Bajau laut ( pala’u ) yang serba serbi ketinggalan dengan arus kemodenan informasi terkini.

Daripada informasi tersebutlah pihak NGO dapat melaksanakan tanggungjawab berkesan untuk membantu masyarakat yang amat memerlukan bantuan dan tidak tersasar daripada tujuan asal pihak NGO.. Ketahuilah,

‘POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA’

STAY HOME | STAY SAFE

22OCT2020 2150HRS

#COVID-19

#PPM

#KlusterBangauBangau

#Hugs_Project

#iReachKasih

#SBWD

Mari ikuti video ini.

Sumber: Hugs Project melalui Laili Basir

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'