Siakap Keli
tun dr ismail PBB
Kredit: Malaysia Mission to the UN

(Video) Lengkap Berkeris & Bertanjak, Rakaman Allahyarham Tun Dr Ismail Beri Ucapan Sulung Ketika Persidangan PBB

Allahyarham Tun Dr Ismail merupakan salah seorang tokoh penting dalam sejarah negara kita. Beliau merupakan perwakilan pertama Malaysia ketika persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ke-12 pada 1957.

Dalam video dikongsikan akaun rasmi Malaysia Mission to the UN, kelihatan beliau berpakaian tradisional Melayu, lengkap berkeris, tanjak dan samping berjalan menuju ke rostrum untuk memberi ucapan sulung sebagai wakil Malaya pada ketika itu.

Beliau telah memegang amanah sebagai perwakilan Malaysia dari 1957 sehingga 1959 sebelum pulang ke tanah air dan memegang beberapa portfolio kementerian termasuk Menteri Luar Negeri.

Allahyarham Tun Dr Ismail juga merupakan salah seorang pemimpin yang berperanan meredakan ketegangan kaum pada 1969. Beliau kemudiannya dilantik menjadi timbalan perdana menteri pada tahun 1970 sebelum meninggal dunia tiga tahun kemudian.

Sumber: Malaysia Mission to the UN, Britannica

Amira

Love yourself.