Siakap Keli

TERKINI: Kerajaan Bersetuju Lanjutkan PKPB Di Wilayah Persekutuan Labuan 14 Hari Lagi

Kerajaan bersetuju untuk menyambung lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Labuan bermula 31 Oktober hingga 13 November 2020.

Perkara ini disampaikan di sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri hari ini.

Sehubungan dengan itu, kerajaan juga bersetuju untuk lanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di tiga buah kampung di Kudah bermula 30 Oktober hingga 12 November 2020 ini.

Perlaksaan tempoh kawalan ini adalah untuk mengekang penularan jangkitan Covid-19 di negeri tersebut yang dilihat semakin meningkat angka pesakit positif, jelasnya dalam sidang media hari ini.

Sumber: Sidang Media MKN

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang