Siakap Keli

(Video) Pasukan ‘Frontliners’ Terpaksa Lalu Titi Kayu Usang Demi Kesihatan & Keselamatan Orang Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebuah video tular di laman media sosial tentang petugas barisan hadapan yang bertugas di salah sebuah kawasan pedalaman mendapat perhatian ramai.

Difahamkan melalui video yang dikongsikan Hazri menerusi laman Twitternya, sekumpulan ‘frontliners’ yang memakai sut hazmat sedang meniti sebuah titi kayu yang dilihat seperti tidak kukuh dan tidak selesa untuk mereka bekerja. Namun, tugas mereka adalah untuk memastikan penduduk dalam keadaan sihat, jadi mereka redha menghadapi juga.

Papan yang basah menyebabkan para ‘frontliners’ ini sukar untuk berjalan dan mereka berhati-hati supaya tidak tergelincir jatuh kerana sut tersebut menyukarkan mereka untuk berjalan. Bukan itu sahaja, jika mereka tergelincir kemungkinan besar akan mengalami kecederaan serius.

Orang ramai turut memberi kata-kata semangat kepada para petugas barisan hadapan yang sedang bertugas di Sabah. Semoga Allah memberkati mereka semua.

 

Sumber: Hazri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang