Siakap Keli

(Video) Rakaman Mesin Tisu ‘Menjerit’ Bikin Debar, Raih Lebih 1.3 Juta Tontonan

Pelbagai perkara yang melucukan dalam kehidupan kita yang kadang-kala kita sendiri pun tidak sedar. Sememangnya, perkara yang melucukan dapat mengembirakan seseorang. Pun begitu, jangan pula terkejut sekiranya perkara yang lucu boleh menimbulkan rasa seram.

Seperti satu video yang dikongsikan menerusi akaun Twitter @Bello_Kevy , video TikTok milik @sarahwatson6336 mengenai satu mesin tisu mengeluarkan bunyi jeritan yang beralun seperti suara manusia.

Rakaman video tersebut bermula apabila seorang wanita mengambil tisu dan seterusnya mesin tersebut ‘bersuara’ sebelum mengeluarkan tisu yang baru. Mungkin mesin itu sudah terlalu lama sehingga menyebabkan ia mengeluarkan bunyi tersebut.

Video yang berdurasi selama 14 saat itu telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 1.3 juta kali daripada warganet.

SUMBER : Bello_Kevy 

Aziezzan