Siakap Keli
Gambar: Freerange Stock

Bayi 4 Bulan Dilapor Mati Kelaparan Dipercayai Ditinggalkan Sendirian Ketika Ibu Bapa Sedang Bergaduh

Kaherah: Seorang bayi berusia 4 bulan di Mesir dilaporkan maut akibat kelaparan selepas ibu bapanya meninggalkannya sendirian di rumah ekoran daripada perselisihan faham yang terjadi di antara mereka.

Bapa bayi yang berusia empat bulan itu memberitahu kepada pihak polis bahawa dia tiada di rumah selama beberapa hari kerana bekerja dan ketika dia pulang ke rumahnya, dia mendapati bahawa bayi itu telah meninggal dunia, lapor media tempatan.

Menurut Gulf News, bapa kepada bayi berkenaan telah menuduh isterinya itu cuai sehingga menyebabkan kematian.

Siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati bahawa perbalahan yang besar diantara lelaki tersebut dan isterinya telah berlaku pada awal bulan ini. Oleh sebab yang demikian, isterinya itu telah bertindak lari ke rumah keluarganya.

Sementara itu, ayah bayi terbabit pula dilaporkan keluar bekerja selama empat hari meninggalkan bayi tersebut berseorangan di rumah.

Kedua-dua pasangan itu kini telah ditangkap dan ditahan sementara siasatan selesai dijalankan.

Tindakan mereka berdua itu telah mendapat kritikan yang hebat daripada banyak pihak serta telah mencetuskan kemarahan rakyat di negara tersebut.

Sumber: Gulf News

Aqmal Ezany

I write what is right