Siakap Keli

Ini 7 Sebab Kenapa Korang Kena Dapatkan HUAWEI Y7a Pada 30 Oktober Ini

HUAWEI Y7a ini merupakan penambahan terbaru dalam siri Y pada tahun 2020 iaitu HUAWEI Y7p, Y6p dan Y5p yang memang terkenal kerana harga yang berpatutan, cantik dan sangat berkualiti tinggi.

Bersesuaian dengan misi HUAWEI untuk menjadikan semua harga mungkin, HUAWEI melancarkan HUAWEI Y7a, penambahan terbaru untuk keluarga siri Y, yang menampilkan tujuh (7) ciri luar biasa dan mengapa korang perlu memilikinya sendiri atau membelinya sebagai hadiah untuk orang yang tersayang!

1. Pengecasan pantas 22.5W menyelesaikan fobia ‘cemas bateri lemah’

Pernah tak bila lagi 10 minit nak keluar rumah, korang tengok bateri telefon dah nak habis?  Masa tengah syok main game, bateri pula low. Situasi seperti ini memang menyebabkan kita rasa macam kena serangan jantung!

Tapi dengan HUAWEI Y7a, korang dah tak perlu risau dengan bateri lagi sebab telefon pintar ini dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W. Korang hanya perlu caj telefon 10 minit dan telefon korang dapat bertahan sehingga dua jam sewaktu korang tengok video! Memang berbaloi.

2. Pengalaman bermain game dan menonton filem yang sangat menyeronokkan!

Siapa je yang akan enjoy atau menonton filem di telefon kecil dengan bateri yang selalu habis? Selain pengecasan pantas, smartphone HUAWEI Y7a dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh yang membolehkan korang bermain game sehingga 10 jam atau menonton video dalam talian selama 16.6 jam!

Ditambah dengan skrin besar berukuran 6.67 inci FULLHD + TUV Rheinland dengan tetapan cahaya biru rendah, memberi paparan yang lebih selesa kepada penonton dan selamat kepada mata. Lepas ni, korang dah tak perlu risau dah untuk ‘mengadap’ telefon pintar dalam jangka yang lebih lama

Skrin besar dengan bateri besar? Fuhh,memang jadi impian ramai!

3. Jadi jurugambar kekasih hati korang!

Bila keluar je date dengan teman wanita, semestinya akan meninggalkan kenangan indah bagi korang berdua.Tetapi realitinya, teman wanita korang rasa moody dan kecewa sebab korang tidak dapat ambil gambar yang cantik di Instagram untuknya walaupun korang dah cuba dari pelbagai sudut. Situasi biasa yang selalu terjadi!

Dengan HUAWEI Y7a, korang tak perlu risau lagi kerana ianya hadir dengan empat kamera yang mempunyai resolusi tinggi 48MP, kamera ultra lebar 8MP kamera kedalaman  2MP dan kamera makro 2MP untuk hasil gambar yang lebih sempurna.

Dikuasakan oleh teknologi AI, setiap gambar yang korang ambil sama ada mod potret, mod malam atau sudut ultra lebar, memang menakjubkan tanpa mengira waktu siang atau malam. Dengan ciri tangkapan Super Night, korang dapat merakam momen terbaik ketika berjalan di bawah bintang. Fuhh memang awesome!

Dah ambil gambar banyak, tapi nak kena padam sebab tak cukup ruang simpanan? Dengan HUAWEI Y7a korang tak ada masalah tu sebab telefon pintar ini dilengkapi dengan ruang simpanan besar iaitu 128GB tau!

Tak cukup dengan itu, telefon pintar ini juga menyokong simpanan luar kad mikroSD sebesar 512GB. Fuhh, lepas ni korang boleh simpan semua fail, gambar, video, aplikasi kegemaran korang dalam ni je! Memang best!

4. Dah tak ketinggalan tonton rancangan kegemaran lagi, nak tengok perlawanan bola sepak pun tak ada hal!

Nak tonton perlawanan bola sepak secara ‘live’ di telefon pintar tapi bateri tinggal 5%? Bila caj pula, nak kena tunggu masa yang lama untuk bateri penuh. Terpaksa lah duduk dekat dengan tempat caj tu. Ramai je yang pernah alami situasi macam ni!

Tapi dengan teknologi pengecasan pantas 22.5W HUAWEI Y7a, apa yang korang perlukan adalah caj 10 minit sebelum perlawanan bermula, dan korang boleh duduk dengan paparan skrin besar 6.67 inci FULLHD. Setelah bateri penuh, bateri besar 5000mAh HUAWEI Y7a dapat bertahan lama sepanjang penggunaan biasa.

Paling best, HUAWEI Y7a kini adalah satu-satunya telefon pintar di bawah harga RM800 di Malaysia yang mempunyai teknologi pengecasan pantas 22.5W tau. Memang power!

5. Rekabentuk yang cantik dan selesa dipegang

HUAWEI Y7a hadir dalam reka bentuk canggih yang menggabungkan kecantikan dan keselesaan. Telefon pintar ini didatangkan dengan tiga warna, iaitu Blush Gold, Crush Green dan Midnight yang cukup elegan.

Selain itu, ia mempunyai reka bentuk ergonomik 3D yang menjadikan telefon selesa dipegang walau dalam tempoh yang panjang.

Lebih mengagumkan, HUAWEI Y7a juga dilengkapi dengan buka kunci cap jari tepi cap jari dan pengenalan ID muka yang menjadikan telefon lebih mudah dikunci dan selamat ya!

6. Video call berkualiti tinggi dengan HUAWEI MeeTime

Korang pernah tak berdepan dengan situasi di mana ibu bapa atau datuk nenek korang selalu menelefon untuk meminta korang mengajar mereka bagaimana menyelesaikan masalah di telefon seperti tidak tahu menggunakan aplikasi tertentu.

Jawapan atau arahan secara lisan bukan yang terbaik kerana mereka tidak dapat membayangkannya. Pada akhirnya, semua akan ‘frust’ sebab tak dapat berkomunikasi dengan baik. Kami yakin mesti ramai yang pernah melaluinya kan.

Tetapi dengan adanya HUAWEI MeeTime, korang boleh melakukan panggilan video yang berkualiti tinggi dengan penggunaan data yang rendah.

Paling best, HUAWEI MeeTime ini membenarkan pengguna berkongsi paparan skrin dengan yang tersayang bila-bila masa sahaja. Sebagai contoh di atas yang kerap terjadi, mak ayah korang minta bantuan untuk selesaikan masalah di telefon mereka.

Apabila berkongsi paparan skrin, korang boleh terus mengajar secara maya dan terasa dekat walau berjauhan. Nak shopping bersama kawan baik? Boleh je, kongsi paparan skrin di HUAWEI MeeTime untuk shopping online sama-sama. Mudah kan!

 7. Carian lebih mudah dengan ‘Petal Search’ dan HUAWEI ‘AppGallery’

Carian korang menjadi lebih mudah dengan HUAWEI AppGallery yang mempunyai banyak  aplikasi kegemaran rakyat Malaysia seperti seperti Mobile Legend, Lazada, Maybank, TNG, Tiktok, MySejahtera, WeChat dan bermacam lagi!

Tak cukup dengan itu, korang juga boleh menggunakan Petal Search Widget yang telah dipasang di telefon bimbit untuk memuat turun lebih banyak aplikasi yang korang perlukan dengan cepat dan mudah.

Sebagai tambahan, korang kini boleh mendapat rebat 20% * (Mata HUAWEI) apabila korang membeli berlian di Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire atau Lord Mobile dari Galeri Aplikasi HUAWEI.

Setiap mata HUAWEI bernilai RM 1 dan mata boleh digunakan untuk membeli lebih banyak Berlian, Aplikasi, Video HUAWEI, Perkhidmatan Cloud dan banyak lagi. Tawaran sah sehingga 31 Disember 2020. Tertakluk pada terma dan syarat.

WOW banyak lagi GANJARAN bila korang dapatkan HUAWEI Y7a!

Dengan setiap pembelian HUAWEI Y7a, korang dapat menikmati 30 hari akses percubaan percuma* ke saluran hiburan dan pendidikan seperti Konsert Qello, The Explorer dan HUAWEI Academy di HUAWEI Video.

Selain itu, korang juga dapat menikmati akses percuma HUAWEI Cloud Storage sehingga 15GB selama 12 bulan* dan membawa pulang Kipas Mini *PERCUMA * untuk setiap pembelian HUAWEI Y7a.

Tertakluk pada Terma dan Syarat, selagi stok masih ada.

Sebenarnya ada banyak lagi hadiah dan ganjaran menarik menanti, jadi pastikan korang tak melepaskan peluang keemasan ini untuk berkunjung ke HUAWEI Member Centre!

SHARE dan berpeluang miliki HUAWEI Y7a secara PERCUMA

HUAWEI Y7a nak diberikan secara PERCUMA je untuk korang, dengan syarat korang ikuti tiga langkah mudah di bawah.

1. Ikuti HUAWEI Mobile MY Facebook (https://www.facebook.com/HuaweimobileMY)

2. Suka & Kongsi video ini <https://www.facebook.com/watch/?v=3323370624425028> (pastikan post anda terbuka kepada umum)

3. Tag 3 rakan anda di bahagian komen

Sangat mudah! Peraduan akan berakhir pada 4 November, jadi cepat!

Tertakluk pada terma dan syarat.

HUAWEI Y7a dijual di semua store Huawei dengan harga RM799 bermula 30 Oktober ini

HUAWEI Y7a yang serba baru ini akan berada di semua HUAWEI Store dan HUAWEI Experience Stores (HES) di seluruh negara mulai 30 Oktober dengan harga hanya RM799 je!

Tapi kalau korang tak ada bajet, jangan risau sebab HUAWEI selalu mempunyai pilihan lain untuk korang pilih sesuai dengan bajet macam kat bawah ni.

HUAWEI Y5p RM359

HUAWEI Y6p – RM559

HUAWEI Y7p – RM699

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti baharu HUAWEI Y7a, layari laman sesawang HUAWEI atau Facebook HUAWEI Mobile MY sekarang!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.