Siakap Keli

“Kalau Surat Dah Sampai Maaf La Ye,” Jep Sepahtu Sahkan Page FB Ini Bukan Miliknya, Minta Pemilik Untuk Padam

Jep Sepahtu dalam kiriman terbaru Instagram beliau menafikan bahawa sebuah laman Facebook yang menggunakan nama Jep Sepahtu dan gambarnya adalah akaun Facebook miliknya.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri berkata,“Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di fb. Saya juga tiada sebarang acount di twitter. Saya mohon apa sahaja acount yang menggunakan nama saya tolong delete sebelum tindakan diambil. Kalau surat dah sampai maaf je la ye.”

Beliau juga mengesahkan bahawa dia tiada akaun Twitter dan meminta mana-mana akaun yang menggunakan namanya untuk padam segera sebelum tindakan diambil.

Jep memulakan karier sebagai pelawak selepas menjadi juara Raja Lawak musim ke-3 terbitan Astro dengan nama kumpulan Sepah yang dianggotai Jep, Shuib dan Mamat. Kini beliau aktif sebagai juruhebah radio dan sering muncul di kaca tv dalam sitkom Sepahtu Reunion Live.

Sumber: Jep Sepahtu

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)