Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Cemas Gempa Bumi Kuat Gegar Turki Dan Greece, 12 Orang Dilaporkan Maut Setakat Ini

Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 300 mangsa cedera dalam insiden runtuhan bangunan di wilayah Izmir, Turki susulan berlaku gempa bumi sekuat 7.0 magnitud melanda Laut Aegea.

Pihak Pengurusan Bencara dan Kecemasan (AFAD) berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 2.51 petang waktu tempatan pada kedalaman 16.54 kilometer. Gegaran ini turut dirasai di kepulauan Istanbul dan Greece.

Susulan daripada itu, sebanyak 67 gempa bumi kecil termasuklah 13 daripadanya melebihi 4.0 magnitud direkodkan selepas gempa kuat itu berlaku.

Selain itu, ombak tinggi turut kelihatan di kedua-dua negara tersebut sehingga menyebabkan banjir kita di persisiran pandai Izmir.

Menurut pihak berkuasa, enam kematian dilaporkan di pesisir pantai di Barat Turki manakala dua lagi adalah remaja dilaporkan meninggal dunia di Pulau Samos, Greece akibat tanah runtuh.

Sementara itu, kebanyakan mangsa terkorban dan cedera akibat runtuhan bangunan yang berlaku di wilayah Izmir.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh sedang giat dijalankan di sekitar 20 bangunan yang musnah dan rosak di bandar Izmir.

Foto: Tuncay Dersinlioglu

Gambar yang dikongsikan menunjukkan keadaan beberapa buah bangunan rosak teruk runtuh akibat gempa kuat tersebut.

Foto: CNN/Tuncay Dersinlioglu
Foto : (STR/Eurokinissi/AFP via Getty Images)

Orang ramai turut berkongsi detik-detik cemas semasa bangunan di bandar tersebut runtuh akibat gegaran yang kuat melanda negara tersebut.

Sumber: CNN , Twitter , Astro Awani

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang