Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan zuriat sebagai pelengkap kehidupan berkeluarga. Sama ada cepat atau lambat, rezeki Allah kepada setiap hamba-Nya itu sudah tertulis. Kita sebagai manusia perlu berusaha kerana Allah akan mengurniakan cahaya mata apabila tiba waktu yang sesuai.
Seperti perkongsian oleh seorang individu yang tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai warganet yang merasa tersentuh.
Menerusi posting yang meraih lebih 21 ribu ulang kicau dan 30 ribu tanda suka, seorang penghantar makanan menerima tips bernilai RM5 daripada pelanggan setelah menghantar pesanan.
Namun, ianya bukan sekadar sekeping wang kertas, tetapi di atasnya terselit doa dan harapan pelanggan tersebut supaya dia dikurniakan zuriat.
Rata-rata warganet yang membanjri ruangan komen, turut mendoakan supaya pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata. Semoga doa salah seorang daripada yang mendoakan dimakbulkan Tuhan kelak. Amin!
Semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh & solehah untuk beliau

Ya Allah, semoga doa salah seorang dari kita dimakbulkan

Semoga tahun ini ada rezeki yang indah untuk kalian

Sumber: Mohammad Fadly Sum via twitter @twtfkrl_