Siakap Keli

(Video) Tular Detik Cemas Bangunan Runtuh Akibat Gempa Bumi Di Turki Sempat Dirakam

TURKI: Rakaman dari Izmir, Turki menunjukkan sebuah pangsapuri runtuh berikutan daripada gempa bumi yang berukuran 7.0 pada skala Richter.

Jumlah korban ekoran daripada runtuhan itu masih tidak diketahui, dikatakan pangsapuri itu menampung 21 keluarga yang tinggal di pangsapuri tersebut.

Presiden Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) menyatakan bahawa gempa tersebut pada 6.6 sementara Kajian Geologi AS mengatakan gempa tersebut adalah 7.0.

Gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 2 petang waktu tempatan di sepanjang pantai Aegean Turki dan wilayah Marmara barat laut.

Laporan awal menyatakan gegaran besar itu berlaku pada kedalaman sekitar 5km (kira-kira 3 batu).

Menurut laporan juga sekurang-kurangnya 4 orang telah maut dan 120 orang mengalami kecederaan akibat daripada gempa bumi yang melanda di kawasan tersebut.

Menteri Dalam Negeri Turki, Soylu mengatakan 6 bangunan telah runtuh di Bornova dan Bayrakli di wilayah Izmir.

Sumber: Mirror

Alfi Aiman