Siakap Keli

Motosikalnya Hilang Masa Hantar Makanan, Gadis Dapat Motor Baru Sumbangan Tengku Permaisuri Selangor

Beberapa hari lalu, sebuah motosikal milik penghantar makanan, Nur Athirah Abdul Latiff dilaporkan telah dicuri di Batu Caves, Selangor.

Nasib yang menimpa Nur Athirah telah mendapat perhatian warganet dan mereka turut sama membantu menyebarkan maklumat mengenai kehilangan motosikal itu.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin juga turut berasa amat sedih dengan nasib Nur Athirah dan berkenan untuk menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal.

Menurut perkongsian Selangor Royal Office di laman Facebook sebentar tadi, sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

6 November 2020 ~
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada saudari Nur Athirah Abdul Latiff yang baru sahaja ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor.

Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang Nur Athirah.

Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.

DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.

Gambar Via Selangor Royal Office
Gambar Via Selangor Royal Office

Sumber: Selangor Royal Office

Sofea

There's always another side to every story