Siakap Keli

Roti Nak Expired Jangan Buang, Ini Cara Buat Lasagna ‘Roti’ Daging Paling Mudah Dan Murah

Ramai rakyat Malaysia yang gemarkan juadah lasagna yang berasal dari Itali ini. Dengan rasa yang lemak berkrim, keenakkannya terasa apabila dimakan ketika masih panas. Memang membangkitkan selera.

Tetapi, bukan semua orang pandai memasak hidang ini. Pilihan paling mudah, adalah dengan membelinya di kedai biarpun terpaksa membayarnya dengan harga yang sedikit mahal.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Masriza Basri ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda mencuba sendiri memasak hidangan lasagna menggunakan bahan yang ekonomi dan cara penyediaan yang mudah.

Roti Gardenia yang hampir tamat tarikh luput boleh menjadi menu lasagna yang akan digemari anak-anak, terutamanya hidangan minum petang di hujung minggu ini. Selamat mencuba!

LASAGNA ROTI GARDENIA BASIC 

Disebabkan roti dah nak expired, jadi kita try test buat lasagna roti la yerrrr…  Ini jer bahan-bahan yang ada malam tadi…. maka jadila LASAGNA ROTI GARDENIA SIMPLE cara saya. Kalau nak cuba boleh try resepi kat bawah nie.

Resepi lasagna roti paling simple cara saya (versi takde sayur-sayuran)

Bahan-Bahan

– 6 keping roti nk expired

– 2 biji telur

– 150ml susu segar

– 4 keping keju

– 3 sudu besar sos lada hitam

– 3 sudu besar sos tomato

– 200g daging cincang

– 2 ulas bawang putih – dicincang

– 1 biji bawang besar – dicincang

– 1 cubit garam dan gula

– parutan keju

Cara-cara buat inti

1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan butter/marjerin sampai naik bau2.

2. Masukkan daging cincang. Tumis smpi masak/kering air

3. Tambah sos tomata dan sos lada hitam

4. Perasakan garam dan gula kalau perlu

Cara-cara melapis

 

1. Sapu keseluruhan bekas dengan mentega. Saya guna bekas kecik jer…

2. Pukul susu dan telur sehingga sebati.

3. Celup roti dalam bancuhan tadi dan susun dalam bekas hingga penuh bahagian bawah bekas.

4. Tuang separuh inti tadi atas roti dan ratakan.

5. Susun kepingan keju atas daging.

6. Ulang dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.

7. Akhir sekali taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali.

*** Lapisan atas sekali mesti daging dan parutan keju.

*** Boleh letak sosej/pepperoni sebagai hiasan.

8. Jika ada lebihan bancuhan tadi siramkan dalam bekas tu.

9. Bakar guna AF pada suhu 160 darjah celsius 20 minit.

Siap dan sedia dihidang!

Boleh olah resepi ikut kesesuaian AF masing-masing yer.

Sumber: Masriza Basri via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)