Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Bawak Molek Heli Tu, Loni Musim Angin Ribut,” Ayah Sempat Tinggal Pesan Terakhir Sebelum Anak ‘Pergi’

Sha Rossa

Tragedi dua helikopter yang bertembung dan terhempas sehingga mengorbankan dua nyawa di Taman Melawati, tengah hari tadi, ternyata menyedihkan dan menggemparkan ramai pihak.

Kedua-dua mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Sabri Baharon, 56, dan Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44 dipercayai dalam penerbangan latihan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

Apa yang menyentuh hati, bapa kepada salah seorang mangsa yang terkorban, arwah Mohd Irfan Mohamed Rawi sempat menitipkan pesan terakhir selain ibunya sempat bertanyakan soalan kepada arwah, malam sebelum kejadian.

Gambar: Facebook Irfan F. Rawi

Menerusi status terakhir yang dimuat naik oleh arwah, bapa arwah sempat berpesan supaya arwah membawa helikopter dengan berhati-hati kerana bimbang dengan keadaan cuaca yang kini tidak menentu.

Arwah juga sempat membalas komen tersebut, kira-kira tiga jam sebelum nahas berlaku.

Semoga ahli keluarga kedua-dua arwah diberikan ketabahan dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Gambar: Facebook Irfan F. Rawi

Nak pergi mana tu Irfan?

Bawa elok-elok helikopter tu..

Rata-rata netizen yang membanjiri komen di ruangan sama turut terkejut dan mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga arwah.

Sumber: Irfan R. Rawi.