Siakap Keli
FOTO: FACEBOOK

Lagenda Bola Sepak Negara, Dato’ Haji Mohamad Bin Bakar Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak dan Olimpian negara, Dato’ Haji Mohamad bin Bakar, yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi hari ini.

Berita ini dikongsikan menerusi laman Facebook Istana Negara sebentar tadi.

Merunut perkongsian tersebut, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada negara dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada arena bolasepak negara.

Allahyarham memulakan karier sebagai pemain Pulau Pinang pada sekitar 1960-an dan menyinari persada sukan bola sepak negara sebagai pemain kebangsaan pada era 70-an.

Allahyarham merupakan ahli skuad bola sepak kebangsaan, sebagai pemain sayap kanan, yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.

Selepas itu beliau menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980, sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1985.

 

Sumber: Istana Negara

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.