Siakap Keli

COVID-19: 6 Kluster Baharu Dikesan Libatkan Sabah, Selangor, KL, Melaka, Johor Dan Putrajaya

Putrajaya, 9 November – Kementerian Kesihatan mengumumkan enam lagi kluster baru COVID-19 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, kluster itu melibatkan negeri Sabah, WP Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor.

Berikut merupakan ringkasan kluster terlibat menurut KKM.

Kluster Nabaha

Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud di mana kes indeks, kes ke-35,808 dikesan positif pada saringan individu bergejala pada 4 November. Hasil saringan kontak rapat mendapati seramai 24 kes positif. Kesemua pesakit telah dimasukkan ke pusat kuarantin tempatan.

Setakat hari ini, seramaiΒ 65 individu telah disaring, di mana 25 positif dan 40 negatif.

Kluster Numbak

Kluster kedua ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di mana kes indeks, kes ke-22,036 positif pada saringan kemasukan ke wad 17 Oktober 2020.

Hasil saringan kontak rapat mendapati seramai 7 individu positif. Sehingga kini, seramai 21 individu telah disaring, di mana 8 positif dan 7 negatif manakala 6 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Perigi

Kluster ini melibatkan daerah Klang, Selangor melibatkan kes indeks, kes ke-18,667 yang didapati positif hasil saringan tempat kerja pada 15 Oktober lalu.

Seramai 38 kes didapati positif hasil saringan kontak rapat dan ditempatkan di Hospital Sungai Buloh.

Setakat hari ini, seramai 124 individu telah disaring di mana 39 positif dan 85 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Seri Terapi

Kluster ini melibatkan daerah Kepong di WP Kuala Lumpur dan Alor Gajah, Melaka. Kluster ini melibatkan kes indeks, kes ke-36,180 positif hasil saringan individu bergejala pada 3 November lalu.

Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan. Hasil saringan mendapati seramai 11 kontak rapat positif. Setakat hari ini, seramai 126 individu telah disaring di mana 12 positif, 8 negatif dan 106 masih menunggu keputusan.

Kluster Padang

Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor. Kes indeks merupakan kes ke-39,210 yang dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 5 November 2020.

Saringan kontak rapat mendapati 4 individu positif dan dirawat di Hospital Inche Besar.

Setakat ini, seramai 338 telah individu disaring di mana 5 positif, 173 negatif dan 160 masih menunggu keputusan.

Kluster Harmoni

Kluster ini melibatkan WP Putrajaya di mana kes indeks dikesan positif hasil saringan tempat kerja pad 7 November dan dimasukkan ke Hospital Sg Buloh.

Setakat ini, seramai 50 individu telah disaring di mana 5 positif, 28 negatif dan 17 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.