Siakap Keli
Kredit gambar: Indiatimes/Daily Mail

Penantian 28 Tahun Berakhir, Selepas 14 Kali Lahirkan Anak Lelaki, Ibu Ini Akhirnya Dapat Anak Perempuan

Penantian pasangan bertuah ini sejak 1993 lalu akhirnya menemui hasil apabila si isteri akhirnya ”berjaya’ melahirkan seorang anak perempuan selepas 14 kali melahirkan anak lelaki berturut-turut sebelum ini.

Kateri Schwandt, 45, menikmati detik indah itu bersama suaminya, Jay Schwandt dengan menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Maggie Jaynie.

“Kami sangat gembira dan begitu teruja untuk menerima ‘kehadiran’ Maggie Jayne dalam keluarga kami.

“Tahun ini mempunyai banyak memori untuk banyak sebab, tapi Maggie adalah anugerah terbesar yang kami bayangkan,” kata Jay, memetik laporan Mail Online menerusi Indiatimes.

Kredit gambar: Indiatimes/Daily Mail
Kredit gambar: Indiatimes/Mail Online

Sementara itu anak sulung mereka, Tyler Schwandt, 28, berkata, “Ibu bapa saya akhirnya dikurniakan seorang gadis kecil yang mereka sendiri tidak pernah tersangka yang akhirnya mereka akan dapat juga (anak perempuan),”

Selepas Tyler, 13 lagi adik-adiknya juga ialah lelaki iaitu Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker, Francisco dan Finley.

Menurut laporan itu lagi, anak lelaki termuda mereka (sebelum kelahiran Maggie), Finley mempunyai nama penuh yang menarik, iaitu Finley Sheboygan.

‘She’s a boy again’, disangka perempuan, rupanya lelaki lagi

Kisah menarik di sebalik nama Finley Sheboygan ini pernah menjadi perbualan hangat dan tular di media-media pada 2018 lalu.

Memetik Buzz Feed News, Kateri pada waktu itu sedang mengandungkan anak yang terakhir (sebelum Maggie).

Kredit gambar: Buzzfeednews/Jay Schwandt

Dengan 13 anak yang kesemuanya lelaki sebelum itu, Kateri begitu berharap yang anaknya ke-14 itu ialah anak perempuan.

Namun, ‘rezekinya’ sudah tercatat, anak yang lahir kali ke-14 itu masih lagi seorang lelaki.

Maka Kateri dan suaminya nekad menamakannya sebagai Finley dan nama tengahnya (middle name); Finley Sheboygan.

‘Sheboygan’ itu adalah singkatan daripada ‘she’s boy again’ yang bermaksud, anak perempuan yang diidamkan akhirnya ‘menjadi’ lelaki juga.

Mengimbas kembali, Jay Schwandt bertemu dengan isterinya Kateri Schwandt pada usia muda mereka dan berkahwin pada 1993.

Hasil perkahwinan itu, mereka ‘sempat’ memperoleh tiga anak (kesemuanya lelaki) sebelum bergraduasi di kolej pengajian mereka.

Sumber: Indiatimes, Buzzfeednews, TODAYshow

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'