Siakap Keli

TERKINI: Individu Yang Mengisi Minyak Petrol & Bayar Guna Kad Kredit, Debit Atau Aplikasi Di Pam, Pendaftaran MySejahtera Tidak Diperlukan

PUTRAJAYA, 10 Nov – Individu yang mengisi minyak petrol di stesen minyak, kemudian membuat pembayaran melalui kad kredit, debit atau aplikasi di pam tersebut (bukan kepada juruwang di dalam kedai), mereka tidak perlu mendaftar kehadiran di kod QR MySejahtera mahupun manual.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah antara beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang telah diperincikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan isu pendaftaran individu di stesen minyak.

“(Dalam masa sama), bagi individu yang membuat transaksi atau bayaran melalui tingkap (pigueon hole), tiada pertemuan antara juruwang dan individu, tidak jumpa sesiapa dan tidak perlu masuk ke dalam kedai, maka mereka pun tidak perlu mendaftar,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Katanya lagi, individu yang datang untuk mengisi angin tayar juga tidak perlu mendaftar.

Bagaimanapun, bagi individu yang melakukan pembayaran atau transaksi di dalam kedai, sama ada untuk buat bayaran petrol/diesel atau belian barangan dalam kedai, atau keluarkan duit melalui mesin ATM, maka mereka perlu membuat pendaftaran tersebut.

Selain itu, pendaftaran juga perlu dibuat bagi mereka yang datang untuk membaiki atau mencuci kereta di bengkel bersebelahan stesen, menggunakan surau dan tandas.

Namun, bagi individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta automatik dan membuat pembayaran hanya melalui tingkap, pendaftaran tidak perlu dilakukan.

Sumber: MKN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'