Siakap Keli
Gambar Via WebMD

COVID-19: Lebih 10 Ribu Orang Dilaporkan Maut Di Seluruh Dunia Dalam Tempoh 24 Jam Lepas

Lebih dari 10,00o orang di seluruh dunia telah terkorban disebabkan oleh COVID-19 dalam tempoh masa 24 jam ketika Eropah dan Amerika Syarikat sedang bergelut dengan gelombang kedua virus tersebut, lapor Barrons.

Menurut laporan AFP, dengan 10,010 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, ini adalah pertama kalinya sejak pandemik tersebut bermula.

Wilayah Eropah termasuk di Rusia menyumbang hampir separuh daripada kematian tersebut dengan 4, 961 kematian dalam satu hari. Amerika Latin dan Caribbean pula mencatatkan sebanyak 1, 868 kematian dengan Amerika Syarikat sebanyak 1, 330 kematian.

Secara keseluruhannya, pandemik Covid-19 telah membunuh sekurang-kurangnya 1, 285, 160 orang sejak wabak itu muncul di China pada Disember lalu, menurut laporan yang disusun oleh AFP dari sumber rasmi.

Berdasarkan laporan terkini, antara negara-negara yang mencatatkan kematian terbaru adalah Amerika Syarikat dengan 1, 330 kematian baru diikuti oleh Itali dengan 623 dan United Kingdom dengan 595 kematian.

Sekurang-kurangnya 52, 151, 580 kes COVID-19 telah dicatatkan dan dari jumlah tersebut, sebanyak 33, 563, 800 kes kini telah pulih.

Secara keseluruhan, Asia melaporkan 179, 581 kematian dari 11, 255, 051 kes, diikuti oleh Timur Tengah dengan 66, 603 kematian dari 2, 824, 871 kes, Afrika dengan 46, 277 kematian dari 1, 920, 306 kes dan Oceania dengan 941 kematian dari 29, 974 kes.

Sumber: Barrons

Sofea

There's always another side to every story